Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

08 July 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 Ironi Sebuah Demokrasi atau Boneka Politik Bacul

Heboh ..

Bising umpama ribut yang melanda negara Malaysia mengenai perhimpunan HARAM yang di namakan BERSIH 2.0 bakal mengegarkan negara dengan pelbagai kemungkinan.KERISAUAN jelas MEMBELENGU dan BANTAHAN demi BANTAHAN di KEMUKAKAN untuk MENYEKAT kebangkitan GELOMBANG KUNING ini.

tentunya masih ada yang tak mengerti apa itu BERSIH dan Perjuangan nya.

MARI KITA LIHAT APA ITU BERSIH.




BERSIH ialah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil. BERSIH ditubuhkan dengan anggota komitinya dianggotai oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).



BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti politik, dan pihak bukan kerajaan, termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR, Sivarasa Rasiah - timbalan presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan MP bagi Seputeh Teresa Kok, timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pemuda PAS - Salahudin Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja Malaysia - Syed Shahir Syed Mohamud, esekutif direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan esekutif direktor SUARAM - Yap Swee Seng.


BERSIH telah menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut serta. Pemimpin yang terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi Awang bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.

PERHIMPUNAN BERSIH 1.0 - TAHUN 2007


Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.



Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

 (sempat lagi posing )


Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.


BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.




Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman enggan memberi permit perhimpunan ini bagi mengelak kejadian tidak dingini. Tetapi ramai pengulas mendakwa bahawa sebab yang diberi oleh Polis dan Kerajaan ialah alasan sahaja.


Mereka mendakwa bahawa UMNO dan parti komponen Barisan National takut akan kehilangan  kuasa sekiranya pilihan raya adil dan bersih terlaksana . Pengulas tersebut menegaskan sebagai bukti bahawa kebanyakan kekecohan rakyat (terutama pengguna jalanraya) pada hari sabtu itu, berlaku kerana tindakan Polis, tidak kerana tindakan penyokong Bersih atau penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan

TUNTUTAN BERSIH

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:






1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

KENAPA PERMIT TAK DI LULUSKAN??


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning kerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai.




Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:



1.Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986 . Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.

2.Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.

3.Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.

SETELAH 4 TAHUN BERLALU KINI

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

9 JULAI 2011




Perhimpunan Bersih 2011 atau 'BERSIH 2.0' dirancang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Pengerusi penganjurnya ialah Datuk Ambiga Sreenevasan . Perhimpunan Bersih sebelum ini telah diadakan pada 2007 dengan matlamat untuk membersihkan perjalanan pilihan raya di Malaysia.


Lokasi utama ialah di Masjid Kampung Baru ,Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka . Rakyat Malaysia di lokasi lain termasuk di Australia akan menyertainya


PELANCARAN



Pelancaran rasmi BERSIH 2.0 telah diadakan pada 19 Jun 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Hishamuddin Rais , Nurul Izzah Anuar ,CikguBard, Arul, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan lain-lain

MATLAMAT PERHIMPUNAN

( klik untuk besarkan gambar ini )

Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai . Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya . SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi . Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.


Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan

UNDIAN RAKYAT


Menurut maklumat yang didakwa oleh akhbar rasmi PAS iaitu Harakah, menerusi edisi Jumaat 1651. Satu undian umum telah dilaksanakan oleh akhbar berbahasa Inggeris Malaysia iaitu The Star (Malaysia) menerusi perkhidmatan dalam taliannya iaitu The Star Online, mengenai pandangan umum tentang pelaksanaan Perhimpunan Bersih 2.0 (2011) yang dijangka dibuat secara besar-besaran pada 9 Julai 2011. Suatu keputusan mengejut telah dikeluarkan menerusi portal rasmi akhbar tersebut. Selain dari akhbar Harakah, portal rasmi Malaysiakini juga turut memaparkan dakwaan yang sama.


Soalan undian adalah dalam bahasa Inggeris seperti ini, "What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally in July 9?" yang bermaksud "Apakah pandangan anda berkenaan pelaksanaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?"

Keputusan yang dapat diambil sehingga 21 Jun lalu menunjukkan 99% pengundi yang terdiri dari 1,312,917 pengundi mengatakan himpunan patut diteruskan. Manakala 1% pengundi pula yang terdiri dari 14,222 pengundi mengatakan himpunan perlu dibatalkan. Perkara ini dilihat sebagai tamparan hebat kepada usaha kerajaan Malaysia untuk menyekat majlis himpunan besar-besaran ini dari diadakan khususnya di sekitar Kuala Lumpur.

Dakwaan akhbar Harakah juga menunjukkan sehingga jam 12.25 pm pada 21 Jun 2011, jumlah undian meningkat sehingga 1.3 juta pengundi jika dibandingkan sehingga jam 6.11 pagi pada tarikh yang sama hanya sekadar 527,330 orang responden. Undian ditutup serta-merta oleh pihak The Star Online pada 21 Jun 2011

BANTAHAN AWAL



Pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama dari Perkasa dan Pergerakan Pemuda UMNO. Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan awal di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur . Mereka menamainya sebagai Gerak Aman.  1278 laporan polis telah dibuat di seluruh negara bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.


Bantahan daripada PerkasaDatuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Pada 19 Jun , pelbagai risalah diedarkan dan kain rentang yang turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Majoriti orang Cina yang banyak terlibat dengan perniagaan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini . Sebaliknya mereka hendaklah berkira-kira untuk menyimpan bekalan makanan.

Bantahan Pemuda UMNO, Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy Jamaludin akan turut mengadakan perhimpunan yang sama pada hari tersebut. Pemuda UMNO akan menganjurkan Himpunan Patriot bagi menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu. Himpunan Patriot ini mewakili 'majoriti senyap' yang tidak ada medium pada 2007. Mereka diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

PERSOALAN DAN CETUSAN

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Proses demokrasi kita adalah melalui pilihan raya.seperti apa yang dituntut oleh BERSIH supaya Pilihanraya lebih TELUS dan BERSIH ianya mungkin satu umpanan bagi meraih sokongan penyokong yang fanatik dengan momokkan korupsi di dalam sistem pilihanraya malaysia.

Sekiranya BENAR berlaku korupsi tentunya PEMBANGKANG tidak mendapat peluang untuk menguasai negeri negeri yang ditumbangkan pada PRU 12 lalu. BACUL kah Semua ahli Politik di Malaysia ini jika menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai satu tunggangan , jika BENAR SPRM korup dan menjadi boneka kepada ahli politik BACUL dan PONDAN ianya sama sekali tidak releven untuk diteruskan.

Gelombang Bersih ini ibarat satu tamparan pada MEREKA yang terlalu selesa di kerusi EMPUK, atau ia ibarat pepijat yang ada di tilam LEMBUT yang selama ini mengulit tidur sang pemimpin.

BANGUN!!!!
bangsa Mu sedang di Peralat Oleh Kafir laknatullah.

BANGKITLAH!!!!!
Berjuang Untuk AGAMAmu , BANGSA mu DAN Negara MU...
 habiskan MUSUH MUSUH mu

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

HUKUM TERJEBAK DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 MENGIKUT ISLAM



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Bukti "BERSIH" Didalangi CIA~NED !


Bukti BERSIH Didalangi CIA~NED !

AIDCNews -26/06/11 – Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi Amerika Syarikat itu menaja dan menyokong BERSIH di Malaysia.
“Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED”, lapor laman NDI, www.ndi.org.
NDI diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menjadi penyokong utama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat UMNO pada 2 September 1998. Klik di sini dan sini
NDI adalah salah satu daripada empat cabang operasi NED.
Selain NDI, tiga cabang NED lagi adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise).
Allen Weinstein, pengubal dasar undang-undang NED mengesahkan operasi NED adalah seumpama operasi CIA yang pernah dilakukan sebelum ini.
Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu. Klik di sini, dansini
Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar sebelum ini pernah menunjukkan bukti surat Ketua Umum PKR itu memohon dana daripada NED untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12.
Salah satu bengkel NDI kepada AJK BERSIH dan parti pembangkang di Kuala Lumpur
Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Klik di sinidan sini
Hal ini diperkukuhkan lagi bantuan demi bantuan dari salah satu cabang NED, NDI yang membantu memperkasakan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO Malaysia pro Anwar Ibrahim.
“Pada bulan Februari 2005, NDI melancarkan program di Malaysia untuk menggalakkan perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara perundangan dan kerajaan serta untuk menggalakkan parti-parti politik supaya lebih telus, demokratik dan komunikasi dalam hubungan mereka dengan orang ramai.
“Program ini memupuk dialog antara parti- parti politik dan masyarakat awam (civil society) berkenaan isu-isu reformasi ke arah memperbaiki parti konstituen, mesej pembangunan dan kemahiran berkomunikasi”, lapor cabang NED itu.
Nurul Izzah bersama Liew Chin Tong (bertanda bulat), Pengarah Eksekutif REFSA, satu NGO badan pemikir DAP
NDI mengakui pihaknya telah mengadakan bengkel-bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia yang dinamakan REFSA, salah satu NGO yang menjadi anggota BERSIH untuk melatih kepimpinan dan pengurusan organisasi BERSIH itu.
Latihan NDI dijalankan secara berkala di Malaysia, mulai dari tahun 2005, 2006 dan 2007 untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008.
REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dianggap badan pemikir DAP, diketuai oleh YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, Bukit Bendera, Pulau Pinang. Klik di sini dan sini
Selain REFSA, badan-badan NGO yang menganggotai BERSIH adalah Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Aid Organisation (WAO), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.
Mohamad Sabu dan Syed Azman wakil dari PAS mengadakan perbincangan dengan Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Maria Chin Abdullah (EMPOWER)
Kebanyakan badan-badan NGO di atas disponsor oleh dana Yahudi, NED dan Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros. Klik di sinisini dan sini
“Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan kepada pemimpin parti untuk reformasi pilihan raya. NDI telah menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia untuk menggalakkan reformasi pilihan raya dengan kerjasama REFSA (Research for Social Advancement), salah satu NGO yang menjadi urusetia BERSIH.
“Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel untuk BERSIH yang memberi tumpuan kepada memperbaiki pelan tindakan setiap peserta atau parti politik organisasi tersebut .
“Pada tahun 2007, NDI dan BERSIH mengadakan beberapa siri bengkel di wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk mendidik semula aspirasi berpolitik”, lapor laman NDI. Klik di sini


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

AGENDA SEBENAR PENGANJUR PERHIMPUNAN BERSIH 2.0





SIAPA DALANG SEBENAR PERHIMPUNAN YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN KEADILAN RAKYAT INI ?


Nama: Ambiga Sreenevasan ...

1. Agama Hindu
2. Bekas Presiden Majlis Peguam
3. Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
4. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
5. Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
6. Penyokong Tegar Kes Murtad
7. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
8. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak

Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

14 Tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)

1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
2. Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
3. Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah




Betapa angkuhnya beliau! agenda yg tersembunyi disebalik BERSIH


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...