Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

10 March 2013

KPN - Seorang remaja mati dalam Ops Daulat, jumlah kematian kini 62


TERKINI @ 07:32:53 PM 10-03-2013
March 10, 2013
Gambar fail Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.KUALA LUMPUR, 10 Mac — Seorang remaja tidak dikenali ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia pagi ini, dan meningkatkan jumlah kematian kepada 62, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengesahkannya hari ini. Remaja tersebut, yang dipercayai berusia 12 hingga 15, terbunuh apabila anggota keselamatan berhenti dan bertanya soalan kepada lima individu, tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Sungai Bilis ketika Ops Daulat sedang dijalankan jam 9.45 pagi ini.
Menurut The Star Online, pasukan keselamatan melihat pergerakan berhampiran semak dan menembak, sebagai reaksi kemungkinan ia datang dari penceroboh Sulu.
Kemudian pasukan mendapati seorang remaja terbunuh dan seorang lelaki berusia 30an cedera pada kaki.
Dalam laporan Malaysiakini mengenai insiden tersebut, Ismail berkata polis sedang cuba menyiasat identiti dua lelaki tersebut, termasuk lima individu yang disoal siasat pada awalnya.
"Mereka tidak mempunyai dokumen jadi kita menyiasat dari mereka datang dan apa mereka buat di sini," katanya yang dipetik dari portal berita tersebut.
"Selepas kita diberitahu mengenai insiden tersebut, pusat arahan taktikal kami terus menghantar pasukan kecemasan dalam kenderaan berperisai ke lokasi di mana tujuh orang tersebut, termasuk yang cedera dan mati berjaya dikeluarkan.
Seramai 62 orang terbunuh sejak Jumaat lalu, termasuk 53 militan Sulu, lapan anggota polis Sulu dan seorang remaja yang tidak dikenali.
Hari ini ialah hari keenam Ops Daulat sejak Selasa lalu, dan hari ke 29 sejak sekumpulan bersenjata seramai 200 orang dari Sulu di Filipina mendarat di Lahad Datu untuk menuntut Sabah.
Kumpulan yang mendakwa mereka sebagai “tentera diraja” Kesultanan Sulu dan pengikut kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, seorang tua berusia 74 tahun yang tinggal di Taguig City, Filipina.
Kumpulan yang diketuai adik Jamalul, Agbimuddin Kiram bertempur dengan pasukan keselamatan sejak Jumaat lalu dan menyaksikan lapan anggota polis terkorban dan 20 militan Filipina terbunuh.
Awal hari ini, polis mengesahkan sejumlah 85 individu ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Sulu ini di Sabah. KPN Ismail berkata pada tengah hari ini, lima orang ditahan di Semporna, dua jam dari Lahad Datu, menurut laporan Malaysiakini.
Lima orang tersebut ditahan kerana terlibat dengan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan Malaysia pada minggu lalu, yang menyebabkan enam orang polis terkorban. Mereka akan disoalsiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) dan Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan keganasan, menurut laporan Malaysiakini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.









Radio






























Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

PEMBUNUHAN KEJAM TENTERA SULU

KEJAM...Pengganas Sulu seksa polis hidup-hidup dan dipenggal kepala - Saksikan




Dipenggal kepala?
Dicerai2kan badan.
Dicampak ke laut.
Dipotong tangan.
Dikorek keluar mata mereka.


Sejujurnya, bukan la malaysia mahu sangat membunuh kumpulan penceroboh.
Mereka bunuh rakyat kita, maka bunuhla yang mereka akan dapat kembali. Kami rakyat malaysia bersatu ahti agar pasukan keselamatan negara tembak mati saja pengganas2 ini. Jangan sesekali diberi muka waima sesaat sekalipun.




Baca bawah ;


Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di KampungSri Jaya, Simunul, Semporna. Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala. -UM

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

TRAGEDI NGERI DI SEMPORNA

DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA....

DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA: 19 ANGGOTA PDRM TERPERANGKAP DIKELUARKAN...


Mula-mula kejadian di LAHAD DATU penceroboh berpura-pura menyerah diri dan angkat bendera putih tapi kawan-kawan penceroboh sudah standby dan lepaskan tembakan RPG..

Di Semporna pula.. Penceroboh mengunakan strategi sama,Tembak anggota bertugas dari belakang ketika pihak berkuasa tidak bersedia..


Detik cemas apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Pihak Polis mendapat maklumat bahawa pembenrontak sudah berada di Kampung Sri Jaya Simanul, Semporna dan terus membuat intipan.

Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut mengorbankan enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini sejak Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini

Terdapat enam mayat lagi yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan pemberontak.




PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) ~ Sumber Gambar

Lanun yang menyerang di semporna dapat ditangkap semalam...? 
Sumber Gambar


WEB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau



Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

ANGGOTA polis menguruskan tiga dari enam wiranegara di Surau As Salam, IPD Tawau yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan bersenjata yang mendakwa tentera Sultan Sulu di Semporna.

MAKLUMAT YANG BELEGAR DI MEDIA BARU:  

 WASSAP DR POLIS SENDIRI 

Salam, setakat ni ok..yg sy nampak tn ibrahim gugur, sjn bahrin ( barry ) gugur dan satu pga tiada kepala, pastu beberapa mayat bergelimpangan...cepatlaa pasukan bantuan..

MSG individual yang terperangkap

Salam YDH Tuan..

Utk maklumam, update terkini
A. Peg/anggota terselamat : 32 org
- 7 pegawai
- 25 anggota

B. Peg/ anggota masih terperangkap - 8 pegawai
1. supt ibrahim lebar, E1 b.aman (mati)
2. asp michael, kckd (status tidak diketahui - dijangka mati)
3. insp asanal, ei b.aman (parah dipercayai meninggal)
4. insp aswad, e1 b.aman
5. insp azrah, e1 b.aman
6. insp khairul nizam, sb semporna
7. insp pengiran mohd zamri, kbsjkd SPA
8. insp mohd ramdan, kbld SPA

- 17 anggota

1. Sjn waris - nakotik
2. Sjn Ibrahim - nakotik
3. Sjn aziz - pga
4. Kpl alfian - trafik
5. Kpl mustapa - sb ipk
6. Kpl zulhalip - trafik
7. Kpl johansah - nakotik
8. Kpl mohammad - balai
9. Kpl kamarul - sb
10. Kpl salam - sb
11. Kpl salmi - sb
12. L/kpl azrul - pga
13. Konst ismail - sb
14. Konst yusri - sb
15. Konst sabri- sb
16. Konst Suhaimi - sb
17. Sjn baharin - sb

C. Orang awam cedera
- seha bt ghani, p/50 tjm, bajau, kg sri jaya.
- kecederaan: tembakan di lutut kali lanan belakang.
- telah dihantar ke hospital tawau dan keadaan stabil.
Sehingga kini, perbincangan masih berjalan utk menyelamat yh terperangkap dipengerusikan oleh KCK bersama vat 69, tentera, PASKAL, pga dan lain-lain. Sjn barry muka telah pecah.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA













Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb ..






Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna

SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.
Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN





 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ."Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu."Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya. Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.
Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut. Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung dilaksanakan. Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.
BERNAMA


3 Mac - Polis berjaya menahan tiga ahli kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo yang cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa di sini malam tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ketiga-tiga lelaki yang tentera Diraja Kesultanan Sulu dan bersenjatakan parang itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.Dalam pada itu, menurut beliau, seramai 10 individu berpakaian celoreng yang dipercayai ada kaitan dengan tentera penceroboh terbabit dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis percaya tiga daripada mereka mempunyai senjata," katanya di sini hari ini. - UTUSAN



Penduduk Semporna pukul penceroboh sampai mati
Gambar penduduk memukul sehingga mati penceroboh di Semporna.

UPDATE 3 MAC 11.30 MALAM:
Senarai anggota polis yan terkorban lokasi Semporna dan Lahad Datu...
1)Supt ibrahim - SB Bkt aman
2)Asp michael - KCKD semporna
3)Sjn baharin - SB
4)Sjn aziz - PGA semporna
5)Kpl salam - SB Tawau
6)L/kpl azrul -PGA semporna
7)INS zulkifli - vAT69 KOMANDO
8)sarjan sabarudin - VAT69 KOMANDO
Al-Fatihah

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Foto Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna Sabah

Foto (Uncensored) Pengganas Sulu Yang Berjaya Dibunuh Di Kg. Simunul, Semporna.

Foto berikutnya ini agak mengerikan..Susah mau cakap.Nak tengok juga?Baiklah.AMARAN : VIEWER DISCRETION IS STRONGLY ADVISE!
(Sebelum ini foto ini telah dikeluarkan daripada blog ini.Tetapi memandangkan foto tersebut telah pun tersebar meluas di internet, jadi makanya, gua letak ajalah balik.Sekali lagi amaran, viewer discretion is strongly advise.Kalau terbawa-bawa dalam mimpi, tanggung sendiri)



Terkini : Royal Malaysian Airforce bersama dengan ATM & PDRM telah memulakan operasi untuk mengempur habis-habisan kedudukan pengganas Sulu di Kg. Tanduo Lahad Datu.Bersama kita panjatkan doa agar pejuang-pejuang kita sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT dan semoga krisis pencerobohan ini akan cepat berakhir.
Penduduk Kampung Sungai Merah, Lahad Datu meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

DALANG PEMBUNUHAN DI SEMPORNA DI KENALPASTI

PEMBUNUHAN 6 RAKAN SETUGAS DI SEMPORNA KINI BERADA DALAM TAHANAN!!!



Sedang kecoh di Facebook berhubung penangkapan seorang anggota polis bernama Hasan Basri yang berpangkat Koperal Menurut maklumat, anggota polis ini telah memberi maklumat kepada lanun-lanun Sulu di Semporna yang menyebabkan kematian enam orang anggota polis dalam satu serangan hendap. (BACA DI SINI)

Bagaimanapun, pengumuman rasmi daripada PDRM masih belum diterima. Sebaliknya polis telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih."
Dalam perkembangan yang berkaitan, empat orang lelaki yang disyaki lanun Sulu telah ditahan di Kampung Airport termasuklah salah seorang daripada mereka disyaki terbabit secara langsung dengan kejadian sernagan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul.
Empat lelaki berketurunan Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu telah ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat IPK Sabah.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Kronologi Pencerobohan di Lahad Datu , Sabah

20130301-232539.jpg
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...