Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 September 2013

Rahsia Misi Dajjal dan perjuangan fisabilillah



Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.


  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?


Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.




Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.




Kesimpulannya

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur....

Wallahu’alam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

10 September 2013

Perjuangan sebenar yang diredhai Agama Islam

Memperjuangkan Islam bukan sekadar memberitahu halal dan haram

Membangunkan Islam bukan cukup hanya mengecap seseorang itu bidaah, sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau



Memperjuangkan Islam bagaimana menyuburkan tauhid dalam fikiran

Siapa yang takutkan Tuhan dan mencintai serta menghayati Tuhan

Agar Tuhan jadi tempat rujuk dan tempat menaruh harapan



Tuhan dibesarkan, diagungkan bahkan tempat sandaran insan

Hingga Tuhan diingati di mana-mana dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya



Dari sini barulah orang ingin bersyariat sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan

Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan

Orang akan bersatu padu, rasa bersama dan bekerja sama, lahir timbang rasa, mengutamakan orang lain, khidmat sesama manusia kerana Tuhannya

Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk, yang miskin sabar di dalam hidupnya



Begitu juga berjuang itu sebenarnya menunjuk jalan 

bagaimana mengutamakan akhirat

Menggunakan apa yang ada pada diri manusia

Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam

Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam

Bermasyarakat secara Islam



Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka ada role model untuk diikut

Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya, ekonominya, keluarganya, kebersihannya, kasih sayangnya, kerjasamanya dan lain-lainnya

Inilah PERJUANGAN ISLAM SEBENARNYA

Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan



Yang lebih awal daripada itu semua

Para pemimpin ada ilmu untuk disarankan

Untuk pimpinan dan didikan

Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan



Bukan sekadar slogan, gesaan, dan semangat-semangat yang tidak ada panduan

Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan

Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan



Para pejuang mestilah CUKUP PERSIAPAN

Persiapan ilmu, ROLE MODEL kepada manusia yang hendak disedarkan

Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar

Bukan seperti makan minum dan berpakaian serta hiasan


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Adab dan Akhlak dalam perjuangan

Adab dan akhlak dalam perjuangan dituntut dan diamalkan

Apabila bercakap soal adab, ia ada dimana-mana dalam segmen kehidupan manusia. Malah adab ini diajar di sekolah-sekolah sehingga kini sebagai subjek wajib ambil tetapi tidak wajib lulus. 


Adab juga dikenali dengan nama-nama lain yang pelbagai sebutan dalam setiap tamadun dunia. Inti dan pokoknya adalah adab atau akhlak.

Adab atau akhlak bagi orang Islam, sesuatu yang sangat penting. Bagi bangsa Melayu dikenali juga sebagai tatasusila, tertiban . Ia jadi ukuran cerminan bagus tidak bangsa atau individu. Malah karya-karya sastera Melayu, tulisan zaman nenek moyang mengangkat adab akhlak sebagai sesuatu elemen yang amat penting dalam pengkaryaan mereka. Hampir semua karya paparkan akhlak pemimpin baik maka rakyat turut dilimpahi kebaikan itu  serta diagungkan mahupun dibanggai rakyat.




Begitulah pentingnya adab dan  akhlak dalam aktiviti harian rakyat . Ia hampir hadir dalam semua kehidupan dan pergerakan manusiawi ini.


Pendekata adab ini adalah sebagai batasan tindakan manusia dalam seluruh segmen hidup dan kehidupannya. Tindakan itu sesuatu perkara dalam hidup adalah cerminan akhlak seseorang individu.


Jelasnya akhlak ini diperhatikan dan dinilai manusia. Ia sebagai kayu ukur penilaian manusia terhadap aktiviti bagi mereka.


Samalah juga bilamana kita berbicara soal politik dan kegiatan politik dalam negara kita ini. Adab atau akhlak itu sering diperhatikan dan dituntut sama, walaupun tidak disyaratkan secara bertulis.

Dalam hal ini, rakyat sepatut kena berlaku adil kerana adab atau akhlak berpolitik terpakai kepada semua parti politik. Yang peliknya ia tidak begitu, kepada parti yang berteraskan nama bukan islam adab tidak diambilkira. Seolah mereka rakyat izin dan lepaskan tidak diambilkira sebagai tiada dalam radar perkiraan akhlak berpolitik itu.


Umpama contohnya musuh politik mahu dijatuhkan adalah dengan cara beradab. Bukannya dengan melakukan serangan fitnah peribadi dan sebagainya.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Asal usul dan matlamat sebenar perjuangan fi sabil lillah (pada jalan Allah)

Sebenarnya perjuangan membela alif..ba..ta.. ini sudah lama diwujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.

Maksudnya perjuangan ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Mantan Perdana Menteri (Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak.

Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU )
mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa BADAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya BADAN ADIK BERADIK ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya BADAN ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asal atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?

a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?

Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM

Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.

Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.

Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:

PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA: MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

04 September 2013

BAHTERA SAMUDERA adalah Pertubuhan yang berdaftar dengan KDN dan dikenali sebagai Pertubuhan Muafakat Malaysia

Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (MJBSM) merupakan pertubuhan berdaftar mengikut undang undang negara Malaysia di bawah  Akta Pertubuhan Malaysia 1966 (Akta 355) dan di daftarkan secara sah dengan "Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia" Kementerian Dalam Negeri (KDN ) dan diberi nama "Pertubuhan Muafakat Malaysia" (MUAFAKAT)."No Pendaftaran dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Kementerian Dalam Negeri(ROS)" : PPM-013-14-08072013







( Logo Rasmi  : " PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA " )
klik 2x pada gambar-gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas.
--------------------------------------------------

               
(LATARBELAKANG / PENGENALAN  PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA" (MUAFAKAT) )

- "PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA" (MUAFAKAT) DAPATLAH DIDEFINISIKAN SEBAGAI :

 " PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG BERTUJUAN UNTUK MENYATUPADUKAN SERTA MENJALINKAN HUBUNGAN PERMUAFAKATAN DENGAN SELURUH UMAT ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU SERTA MENJALINKAN HUBUNGAN BERSEKUTU YANG ERAT DENGAN BANGSA BANGSA LAIN WALAU PON BERBEZA IDEOLOGI PEMIKIRAN,POLITIK,ETNIK,KAUM,AGAMA,BUDAYA DAN ADAT DI MALAYSIA INI"

- SEBAB-SEBAB TERTUBUHNYA "PERTUBUHAN MUAFAKAT MALAYSIA" (MUAFAKAT) IALAH KERANA :

 (1) MELIHAT TERLALU BANYAKNYA PERPECAHAN DAN PERGADUHAN  DI KALANGAN RAKYAT-RAKYAT DI MALAYSIA KERANA PERBEZAAN IDEOLOGI POLITIK DAN FAHAMAN SEHINGGA TERJADINYA BUDAYA BERPUAK PUAK. 

(2) MELINDUNGI HAK-HAK BUMIPUTRA UNTUK BERGIAT AKTIF DALAM BIDANG AGAMA,KEBAJIKAN,SUKAN,PERMAINAN, PERSILATAN,AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA DISAMPING MENJALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN BUKAN BUMIPUTRA.

(3) MERUPAKAN SUATU ALTERNATIF DAN LANGKAH UNTUK MEMULIHKAN GOLONGAN YANG SUDAH JAUH TERPESONG DARI GAYA KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERMANFAAT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

(4) INGIN MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM TERUS MENJALANKAN AKTIVITI YANG  LEBIH BERFAEDAH DAN SIHAT BELANDASKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI PEGANGAN UTAMA UMAT ISLAM.

(5) MEMBENDUNG GEJALA SOSIAL DAN JENAYAH DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN .

(6) MENGEKALKAN KONSEP "AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR" DALAM PERJUANGAN MEMBELA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA MEMELIHARA HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ORANG BUKAN ISLAM SELARAS DENGAN TUNTUTAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI " HABLUN MINALLAH WAHABLUN MINANNAS " ( MENJAGA HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ALLAH DAN SESAMA MANUSIA)

(7) MEMBANTU PIHAK BERKUASA BERSAMA SAMA MEMBENDUNG KEGIATAN MAKSIAT DAN JENAYAH SEPERTI JUDI,ARAK,ZINA,DADAH DAN LAIN LAIN LAGI YANG SEMAKIN BERLELUASA DI KALANGAN GENERASI HARI INI. 

(8) INGIN MENHIDUPKAN SUASANA MASYARAKAT MELAYU ISLAM YANG HARMONI,SEJAHTERA,BERSATU PADU DAN HIDUP DENGAN AMAN DAN TENTERAM SERTA BERKERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SEGALA AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA. 

(9) MENGAMALKAN KONSEP "BERAT SAMA DIPIKUL SERTA RINGAN SAMA DIJINJING" DI KALANGAN SEGALA AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN NEGARA.


(10) MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA KEKUATAN,KEHARMONIAN DAN KEAMANAN AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA.





        MOTO :  "MUAFAKAT ASAS PERPADUAN UMMAH" 

Penasihat Utama / Yang Dipertua : "
Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Al Yafie (dmp,amp,pad,tpamk)"

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Apa itu "Baiah Fisabilillah" ?

Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah ringkas baiah tentera fi sabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.


3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”
Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Senarai Kongsi Gelap di Malaysia

Tiga Line, Geng 04 antara 49 kongsi gelap yang didedahkan KDN
PLAYClick to Expand & Play
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,  menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.

kongsi


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Perbezaan "Baiah" Fisabilillah dengan "Kongsi Gelap"

Assalamualaikum wbt.

meh kita baca serba sedikit tentang kongsi gelap ini.
Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.

Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Justeru itu tepuk dada tanya selera ?.. adakah Angkatan Tentera Fisabilillah yang memperjuangkan Agama,Bangsa & Tanahair & KONGSI GELAP patut DI SAMA kan ?

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

3 line bukan PEKIDA

Tiga Line BUKAN Pekida
Rakaman soal-jawab lain, biarlah saya ‘simpan’ dahulu buat masa ini. Tetapi saya yakin perkara bakal didedahkan melalui kenyataan ‘panas’ Roslan akan mengejutkan ramai penonton.
Jam 3 petang 10 September 2009, saya ke Jalan Horly, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertemu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ayahanda Roslan Dahaman. Roslan, 55 tahun, anak kelahiran Kangar, Perlis menyertai Pekida pada usia 19 tahun, 28 tahun kemudian beliau dilantik sebagai ayahanda.

Hampir 2 jam kami bersembang di pejabat terbaharu Pekida Wilayah itu. Pelbagai isu disentuh, ada sensitif, ada tidak. Majoriti temubual dirakam akan disiarkan pada 30 September 2009, jam 9 malam di ‘360’.


Roslan dikenali dengan nama ‘Lan Gajah’ di kalangan ahli Pekida, mungkin kerana saiz tubuhnya agak besar. Beliau lancar berkata-kata dan mudah didekati.


“TV tak pernah lagi interview tetapi Harian Metro adalah,” ujar Roslan.


Mungkinkah ’360’ bakal menjadi program TV pertama merungkai ‘kemelut’ didepani Pekida? Barangkali.


“Ramai takut, bila cakap fasal Pekida, siapa nak jumpa? Inikan nak datang kepejabat,” usik saya.


Menurut Roslan, lebih 2 juta ahli Pekida berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh negara.


“Masa saya jadi pengerusi Pekida Bukit Bintang, lebih 15,000 ahli berdaftar di bawah saya”


“Adakah Pekida itu Tiga Line dan Tiga Line itu Pekida?,” soal saya.


“Pekida tidak ada kena mengena dengan Tiga Line. Pekida, persatuan berdaftar, Tiga Line tidak. Registrar Of Company patut kena siasat Tiga Line tu apa sebenarnya sebab dia ‘persatuan’ tidak berdaftar,” jelas Roslan selamba. (Petikan dari : Blog Mazidul )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Kami bukan Kongsi Gelap

“Kami bukan kumpulan kongsi gelap. Kami adalah pertubuhan berdaftar sejak 1982 bertujuan membantu masyarakat Melayu dan kepentingan Islam di Malaysia.
“Anggapan Tiga Line sebagai kumpulan samseng serta mengaitkannya dengan kami adalah tidak benar sama sekali,” kata Pengerusi Tetap Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Syed Jaafar Syed Ali, semalam.

Syed Jaafar berkata, sebagai pertubuhan berdaftar, PEKIDA tidak akan melanggar undang-undang dan sudah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan proses pemutihan di dalam pertubuhan berkenaan sejak 2008.
Katanya, PEKIDA sedar ada di antara ahlinya melanggar undang-undang dan pihaknya turut meminta bantuan polis untuk mengesan mereka.

“Pada konvensyen PEKIDA 2008 di Pontian, kami dapati ada pertubuhan songsang yang berselindung di sebalik PEKIDA dan kami bekerjasama dengan PDRM untuk membersihkan PEKIDA daripada sebarang unsur songsang itu.

“Hasilnya, kami dapati terdapat beberapa kumpulan yang berselindung di sebalik PEKIDA seperti Tiga Line, Kumpulan 77 dan Kumpulan 30 yang melakukan pelbagai kegiatan menyalahi undang-undang.
“Kerjasama dengan PDRM membawa kejayaan menghalang Kumpulan 77 daripada mengambil ahli baru dalam sebuah majlis di sebuah estet di Perak sebelum ini,” katanya pada majlis Sambutan Aidilfitri PEKIDA Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama pertubuhan songsang yang berselindung di dalam PEKIDA baru-baru ini adalah selari dengan usaha pemutihan PEKIDA selama ini.
Katanya, kewujudan kumpulan itu adalah liabiliti kepada PEKIDA, manakala tanggapan orang ramai bahawa PEKIDA ialah kumpulan kongsi gelap adalah salah.

Sementara itu, wakil pengerusi PEKIDA Johor Bahru Nor Azam Bahtiar Halid berkata, semua ahli PEKIDA berdaftar dan perlu membayar yuran bulanan.

“Tindakan penjenayah berselindung di sebalik nama PEKIDA amat dikesali kerana ia menyebabkan ahli berdaftar berdepan pelbagai tohmahan.

“Saya mengingatkan mereka berhenti menggunakan nama PEKIDA, sebaliknya gunakanlah nama pertubuhan mereka sendiri,” katanya.

Menurut Nor Azam Bahtiar, beliau mengakui, selama ini ada yang menjadi ahli kerana beranggapan PEKIDA adalah kumpulan kongsi gelap.

“Bagaimanapun, apabila menyertai PEKIDA, mereka kecewa kerana kami lebih menerapkan kepentingan Islam,” katanya.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...