Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Al-Mubarak


DALIL PUASA RAMADHAN :

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DALAM BULAN RAMADHAN...(SOLAT SUNAT TERAWIH)

Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Hadis Rasulullah mengenai penilaian amalan puasa disisi Allah....

HADIS 1

"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."


Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi


HADIS 2

"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."


Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi


HADIS 3

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi


HADIS 4

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.





Solat sunat yang dikerjakan selepas solat insyak pada Bulan Ramadhan. Boleh dilakukan samada 8 atau 20 rakaat. Solat terawih boleh ditunaikan secara berjamaah ataupun bersendirian. Solat terawih juga adalah ciri-ciri keistimewaan bulan Ramadhan yang besar. Ini disebabkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja dilakukan solat sunat terawih dan tidak terdapat langsung dalil yang menyatakan pada bulan Islam yang lain juga dikerjakan solat sunat terawih. Antara kelebihan dan kebaikan solat sunat terawih dinyatakan seperti berikut:


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

23 June 2010

PROFAIL PAPIM BANGI



Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2006 dengan nombor pendaftaran 0484-06-SEL dan beralamat No. 1, Jalan Meranti 8A/7, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang kali Selangor.

Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia Bangi (PAPIM BANGI) pula di bawah pucuk pimpinan Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe ( Presiden MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA )

Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe telah dilantik dan ditauliahkan sebagai Ayahanda PAPIM BANGI yang sah oleh Presiden PAPIM MALAYSIA iaitu Paduka Ayahanda Hj Daud bin Hj Wahab B.K.M,P.J.K dan diberi mandat untuk memimpin ahli jemaah Bangi,Selangor


PAPIM BANGI dikenali sebagai BADAN KELUARGA atau lebih mesra dipanggil BADAN ADIK BERADIK. Ianya seolah-olah dilahirkan dari SEPERUT-SEIBU yang mana sama-sama merasai dan bertanggungjawab dalam mengukukuhkan lagi ikatan kekeluargaan atau SEBAGAI SATU BAPA (Ayahanda) yang bertanggungjawab luas di semua bidang perjuangan yang amanahkan sebagai perjanjian awal yang sama-sama diterima dengan kerelaan hati lebih-lebih lagi perjanjian kita dengan ALLAH semasa di Alam Roh dulu, termasuk Roh orang Islam dan Roh Kafir. Semuanya menjawab serentak YA! kamulah Tuhan kami sebenarnya . Menurut segala perintahMU dan Meninggalkan yang dilarang.

Sebenarnya BADAN AYAHANDA ini sudah lama diujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.

Maksudnya jawatankuasa BADAN AYAHANDA ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Perdana Menteri (Pak Lah) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak.

Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU )
mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa BADAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya BADAN ADIK BERADIK ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya BADAN ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asa atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?

a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?

Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM

Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.

Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.

Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:

PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA : MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.

Sekian Terima Kasih . WASSALAM...


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

JAWATANKUASA MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA (2011 - 2012)


( Peringatan : Klik pada Gambar untuk melihat dengan lebih jelas )


SENARAI KOMUNITI PAPIM BANGI 2010-2011 :

PRESIDEN
> Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe

TIMBALAN PRESIDEN
> Kekanda Paduka Ayong

NAIB PRESIDEN 1
> Kekanda Paduka Jali Kelate

NAIB PRESIDEN 2
> Kekanda Paduka Zul Ipoh

SETIAUSAHA
> Abang Ngah Fizi Melaka

BENDAHARI
> Abang Long Jan Bangi

BIRO DISIPLIN DAN BERTINDAK
> Abang Long Ejat Panjang Bandar Sunway
> Abang Long Fitri Jln Ipoh
> Abang Ngah Castello Pandan


BIRO PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
> Abang Long Bami UIAM

BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
> Abang Ngah Amir Pahang

BIRO KEBAJIKAN
> Abang Long Neo Selayang

BIRO EKONOMI
> Abang Long Khalid Taiping
> Abang Ngah Bob UIAM

BIRO AKTIVITI DAN SUKAN
> Abang Ngah Wan Bangi

BIRO INFORMASI DAN MEDIA
> Srikandi Puteri Nadia Ampang
> Abang Ngah Shahrul Alor Star

AJK
> Abang Long Ayie Putrajaya
> Abang Ngah Epul Putrajaya
> Abang Macho Alor Star
> Abang Am Kedah

MATLAMAT
# Mewujudkan rumpun Melayu relevan seiring dengan modenisasi dan sentiasa meningkatkan taraf profesionalisme mengikut era globalisasi.

# Memartabatkan hidup yang bertunjangkan kepada peribadi Melayu, ajaran islam, berintegriti, progresif, progresif yang sesuai mengikut arus peradaban.

# Mendaulatkan Institusi pemerintahan, lambang-lambang Yang Dipertuan Agong di peringkat Negara dan Sultan-Sultan di peringkat Negeri.

# Mengumpul dan mengeratkan rangkaian silaturrahim dikalangan ahli melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial yang bermanfaat.

# Mengadakan program-program motivasi, latihan sivik, kursus, seminar bengkel, ceramah, kaunseling, kebajikan atau pertemuan yang dapat mengerakkan usaha merialisasikan penubuhan PAPIM BANGI.

# Memberi kerjasama kepada Agensi-Agensi dan Badan-Badan kerajaan bagi membenteras ajaran sesat, penyalahgunaan dadah dan mengawal aktiviti-aktiviti sosial yang menghina martabat dan peradaban Melayu.

# Menyalurkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

# Mengadakan tabung khas bagi membiayai kos dengan cara menerima kutipan derma atau tajaan-tajaan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

VISI
Kearah menjadi kumpulan Melayu yang Maju dan berdaya saing.

MISI
Mengujudkan satu kumpulan Melayu yang maju, dinamik dan berkebolehan tinggi dalam segala aspek kemasyarakatan termasuk berkemampuan menerima teknologi baru serta mampu berdaya saing bersama bangsa-bangsa lain mahu pun di dalam negara dan luar negara, demi untuk memajukan bangsa khasnya dan Negara amnya.

MOTO
Maju Melalui Kemasyarakatan
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

22 June 2010

MAJLIS PENGANUGERAHAN SELEMPANG DAN WATIKAH SAHABAT MALAYSIA



( KLIK 2x PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN JELAS )

Tanggal 12 Jun 2010 bersama Hari Sabtu Jam 8.30 malam telah berlangsung Majlis Pentauliahan Selempang Tertinggi dan Penganugerahan Watikah kepada Ayahanda,Kekanda Paduka,Abang Long,Abang Ngah dan Srikandi anjuran Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (SAHABAT) yang disempurnakan oleh Paduka Ayahanda Yang Mulia Tuan Syed Hussain Syed Mansot Al-Shahab K.M.W ( Presiden SAHABAT Malaysia ).

Penganugerahan Selempang Tertinggi dan Watikah perlantikkan Ayahanda Penasihat SAHABAT MALAYSIA kepada Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe ( Ayahanda PAPIM BANGI ) serta anakanda-anakandanya telah disempurnakan oleh PRESIDEN SAHABAT MALAYSIA itu telah berlangsung dengan penuh gemilang dan sempurnanya.

Antara penerima Penganugerahan kali ini ialah Tiger Long Fitri Jln Ipoh,KL , Along Khalid Taiping , Along Neo Selayang , Tiger Ngah Castello Pandan Indah,KL , Angah Megat Desa Tun Razak,KL dan Srikandi Puteri Nadia Ampang.Syabas kepada penerima anugerah selempang dan watikah yang sah ini.Diharap perjuangan diteruskan hingga ke titisan darah terakhir.
Majlis yang gilang gemilang ini turut menjemput semua Ayahanda-Ayahanda PAPIM Wilayah & Selangor untuk menerima Pentauliahan kali ke 2 daripada SAHABAT MALAYSIA pula.Antara Ayahanda yang hadir pada majlis kali ini ialah YM Ayahanda Ismail Bin Cik Wan,YM Ayahanda Zami Ismail ( Pak Uda Pi Mai Tang Tu ) , YM Ayahanda Ustaz Abdul Halim dan ramai lagi Ayahanda-Ayahanda sekitar Wilayah Kuala Lumpur & Selangor.Terima kasih kepada yang hadir menyerikan dan menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang ini.

Berikut ialah gambar sepanjang upacara Majlis berjalan :

( BARISAN AYAHANDA-AYAHANDA WILAYAH & SELANGOR )

(BACAAN DOA YANG DIKETUAI OLEH YM AYAHANDA CIKGU JOE UNTUK MEMBERKATI MAJLIS)

( YM AYAHANDA CIKGU JOE DAN ANAKANDANYA - PENERIMA ANUGERAH SELEMPANG DAN WATIKAH PERLANTIKKAN DI MAJLIS INI )

( YM AYAHANDA CIKGU JOE & YM AYAHANDA USTAZ ABDUL HALIM )

( YM AYAHANDA CIKGU JOE DAN PANGLIMA - PANGLIMA JEMAAH BAHTERA SAMUDERA /// )

( YM AYAHANDA CIKGU JOE DAN ABANG LONG BAHTERA SAMUDERA BERSAMA WATIKAH PENTAULIAHAN YANG SAH )

( SRIKANDI PUTRI NADIA - AMPANG & YM AYAHANDA CIKGU JOE MENUNJUKKAN WATIKAH PENTAULIAHAN SRIKANDI DAN AYAHANDA YANG SAH & DIIKTIRAF)

( SRIKANDI PUTRI NADIA - AMPANG & YM AYAHANDA CIKGU JOE )

( Tiger Ngah CASTELLO PANDAN INDAH & ANGAH MEGAT DESA TUN RAZAK BERGAMBAR BERSAMA YM AYAHANDA CIKGU JOE )
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

26 May 2010

AHLI FISABILILLAH SILA AMBIL PERHATIAN:


Say No To Freemason!

Kenali Musuh Sebenar Fisabilillah :

Untuk post kali ini saya akan menulis tentang mengenal musuh kita iaitu FREEMASON!

Tentang Freemason ini anda boleh banyak baca di internet. Tapi untuk posting ini saya akan cuba menulis seringkas mungkin berkaitan pertubuhan ini.

FREEMASON didalangi oleh DAJJAL. Ia satu pertubuhan rahsia yang telah disertai oleh orang-orang berkuasa dunia, termasuk ketua-ketua negara berpengaruh di dunia. Tujuan FREEMASON ialah untuk membina haikal Sulaiman di tapak masjidil Aqsa dan menakluki dunia. Tapi halangan untuk cita-cita si DAJJAL ini ialah ISLAM! Sebab itu lah mereka dari dulu sedaya upaya untuk memecah belahkan ISLAM dan menyebabkan orang ISLAM berperang sesama saudara! Mereka ini sangat licik dalam membuat perancangan.

SAUDARA SEPERJUANGANKU SILA AMBIL PERHATIAN!



ILLUMINATI adalah cabang kepada FREEMASON! Mereka menggunakan permainan Ilusi untuk menakluki dunia... MATA ialah tempat serangan mereka kerana MATA merupakan jendela hati. Bagaimana? Antara ahli freemason yang terkemuka ialah steven spielberg dan penghasil filem-filem besar dunia. Mereka menggunakan filem dan media untuk memperbodohkan dunia. Bila manusia lihat filem-filem tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi fikiran bawah sedar manusia... dan akan masuk menjadi norma masyarakat setempat secara halus! Inilah cara mereka menyampaikan dakyah serta permainan ilusi mereka kepada dunia. Contohnya; mereka ingin membodohkan dunia mengatakan tentera US adalah yang terhebat, mereka cipta cerita seperti RAMBO. Dah orang kita percaya bahawa askar US hebatnya seperti RAMBO secara tak langsung telah menanamkan rasa takut dan rendah diri kepada mereka yang tidak memahami permainan ILUSI mereka ini. Lihatlah sekeliling anda.... apa yang terjadi pada anak bangsa kita? mereka sudah pun terpengaruh dengan ilusi-ilusi tersebut... sungguh menyedihkan situasi ini! Mereka cipta macam-macam hiburan untuk melalaikan kita...
Saya AMANAHKAN kepada ahli fisabilillah yang membaca artikel ini untuk menyampaikan kepada saudara seperjuangan kita yang lain! Ini kerana ramai yang tidak sedar yang kita sedang dipermainkan oleh golongan-golongan dajjal ini.
Klik link untuk mengetahui buah salam freemason:
http://www.youtube.com/watch?v=Sk2L5mcJgYk

Klik link untuk mengetahui simbol rahsia Freemason:
http://www.youtube.com/watch?v=4P1rxW1TJ0c&NR=1

Saya akan tunjukkan bagaimana mereka cuba menakluki dunia!
Untuk memerangi mereka, kita perlu mengenali mereka dulu. Saya akan kemukakan sedikit maklumat freemason kepada anda:

(rajah satu)

Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji, simbol dan maksud tersirat yang terkandung dalam gambar di atas ialah seperti berikut:

1. 13 tingkat piramid, di mana nombor 13 selalu dikaitkan sebagai nombor yang tidak bertuah (akan tetapi, ianya bertuah hanya untuk kumpulan mereka sahaja).

2.Simbol mata satu (Eye of Providence), ditafsirkan oleh barat sebagai tuhan yang sentiasa melihat kelakuan manusia. Bagi umat Islam, ianya merupakan simbol dajjal.

3.Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut)

4.Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.

5.NOVUS ORDO SECLORUM, bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order".

6.ANNUIT COEPTIS, bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."

7.THE GREAT SEAL. Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.

8.MDCCLXXVI, bermaksud 1776 iaitu tahun kelahiran organisasi Bavarian Illuminati (Order of the Illuminati) yang diasaskan oleh Adam Weishaupt. Illuminati ialah golongan tertinggi dalam hirarki pertubuhan Freemason.

9."IN GOD WE TRUST…..ONE" (Rajah 2). Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar yang sepatutnya berbunyi begini "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).

10.ONE (1) membawa erti "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).

Rajah2 - Bahagian Belakang Wang Kertas Satu Dollar Amerika.
3 - Great Seal of the United States (Gambar kiri: bahagian hadapan Great Seal.Gambar kanan: bahagian belakang Great Seal)

FREEMASON PENANG ---> http://www.rpwlodge.com

Antara kelab yang cover freemason ialah Lions Club International dan Rotary International. Mereka bergerak untuk khidmat sosial untuk mengaburi mata... Ini bukan cerita rekaan, sila download slide powerpoint berikut:
http://www.saintsalive.com/freemasonry/uncoveringfreemasonry.ppt



LOGO FREEMOSON :


SEKUTU FREEMASON


columbia tristar


Antara teraju utama Freemason :


Kepercayaan Freemason

Mereka sebenarnya menyembah berhala dan sangat percaya pada ramalan-ramalan kuno!

SAY NO TO FREEMASON

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

18 May 2010

Apakah Perjuangan Sebenar Kita Di Dalam Tentera Fisabilillah?



Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa PERTUBUHAN seperti ini diwujudkan?
2. Bilakah wujudnya Pertubuhan ini?
3. Dimanakah mula bertapaknya Pertubuhan ini?
4. Siapakah pengasasnya?
5. Bagaimana cara penyusunan awal?
6. Apakah asa atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?

a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?
c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?

Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....

Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.

Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.

Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.

Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.

Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN

Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:

"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"

Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:

PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA : MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA.

Sekian Terima Kasih . WASSALAM...

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

14 May 2010

Matlamat Sebenar Fisabilillah !



Entry kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh... jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu. Saya tak peduli!

Sila jawab soalan ini....
Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham.... dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini... naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idol mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat... itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan.... semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!




Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah... bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat.... jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka... nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak... tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu... tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam...

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Tentang 313 dan baiah fisabilillah


Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

----------------------------------------------------------------------------------

Sejarah ringkas baiah tentera fi sabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :
Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA
Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :
“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.


3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)
Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:
Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”
Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: "(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

30,36 dan 77

Hari ini kita akan lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik angka-angka popular ini, kami akan mengupas apakah yang "tersirat" di sebalik angka dan apakah corak-coraknya. Sebelum kami mula kan kupasan, anda perlu tahu apakah beza nombor dengan angka. Angka ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9.... ia disebut angka. Manakala nombor adalah satu corak yang berada di belakang angka.

ANGKA = SESUATU YANG NAMPAK (TERSURAT)
NOMBOR = SESUATU CORAK YANG TERSIRAT.

Apabila membincangkan berkaitan ilmu penomboran, maka kita merujuk corak yang berada di sebalik angka tersebut, bukannya 1,23,4,5,6,7,8,9 Melihat angka akan menyebabkan kita keliru, angka cumalah satu simbol yang direka untuk menceritakan corak tersebut. Sekiranya tiada angka maka susahlah kita untuk membuat ulasan tentang corak nombor tersebut.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kita? Sebenarnya apabila anda membuat perkara sebesar zarah pun, ia tetap ada kesan, samada anda mampu melihatnya atau tidak ambil peduli. Apabila corak satu nombor itu "rapat" dengan diri anda, maka corak itu juga akan bersama dengan anda apatah lagi kumpulan yang menggunakannya.

TIGA PULUH (30) SEMANGAT JUANG.



Apakah yang dimaksudkan dengan 30 atau 3 ini. Nombor 3 ialah berkaitan dengan semangat, kejiwaan, pergerakan yang pantas, panas, mudah keliru, beremosi (samada positif atau negatif).

Persoalannya:
1) Adakah orang yang rapat dengan corak 30 ini mudah keliru, mudah dipengaruhi pihak lain?
2) Adakah mereka ini mudah beremosi seperti cepat nak marah atau pun cepat kesian dengan orang lain?
3) Adakah mereka ini selalu bergerak pantas apabila berlaku sesuatu hal?
4) Adakah mereka ini mempunyai tahap kesedaran spiritual yang tinggi? (penghayatan spiritual)
5) Adakah mereka ini mudah bersemangat untuk buat sesuatu yang mereka perjuangkan?
6) Adakah mereka ini buat sesuatu nak cepat jadi je? Dan bila tak jadi mereka mudah rasa nak marah?


Sekiranya anda rapat dengan nombor tersebut anda mampu memerhati dan menjawabnya sendiri. Setiap nombor itu punya aspek positif dan negatif terhadap corak dan getarannya.

TIGA PULUH ENAM (36) KEDUNIAAN/KEBENDAAN.



Nombor 36 boleh menghasilkan sembilan (3+6=9). Di "dalam" nombor 36 terdapat corak 696 dan 393 serta 639. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini, jika melihat angka kita akan keliru, biar kami ungkaikan untuk anda. Penerangan tentang nombor 3 telah anda ketahui di atas, jadi kami akan terangkan apa pula 6 dan 9.

Nombor 6 adalah satu corak yang mewakili kekeluargaan, duit, daya kepimpinan.
Nombor 9 adalah satu corak yang mewaliki peluang, bisnes, aset, superhero.

Kombinasi 3+6=9 membawa maksud pergerakan cepat dan pantas dalam mencari dan mendapatkan kekayaan/duit atau sesuatu yang berharga. Membawa maksud mampu mendapat duit dengan cara cepat dan boleh menukarkannya menjadi satu bisnes/aset/peluang yang mampu digunakan untuk membangunakan komuniti. Nombor tersirat lain disebalik 36 ialah kombinasi 696. Di mana ia membawa maksud, kebolehan menggunakan duit atau daya kepimpinan untuk mendapatkan peluang/bisnes/aset (barang dagangan), serta menggunakan atau mencairkan peluang/bisnes/aset tersebut untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Kombinasi 393 pula membawa maksud kebolehan mendapat satu peluang tu dengan cukup mudah tapi sayangnya peluang itu juga cepat pergi. Jika buat perniagaan ialah berniaga cara pendek dan tidak setempat. Sekiranya setempat, ia tak bertahan lama dan selalu bertukar tampuk pemerintahan. Manakala 639 pula kebolehan menggunakan duit atau keluarga untuk bergerak pantas/secara beremosi untuk mendapatkan aset-aset yang dianggap penting bagi mereka.



Persoalan kepada mereka yang rapat dengan corak 36:

1) Adakah mereka ini mudah terlibat dengan kegiatan kumpulan untuk merebut kawasan/aset?
2) Adakah mereka boleh bertahan lama apabila memegang satu kawasan?
3) Adakah mereka mementingkan duit dalam sistem kepimpinan mereka?
4) Adakah mereka ini banyak terlibat dengan kegiatan jangka pendek seperti ah long?
5) Adakah mereka ini selalu melupakan faktor keagamaan dan perjuangan dan sentiasa sibuk dengan dunia mengejar kebendaan?
6) Adakah mereka ini biasanya hangat-hangat tahi ayam?
7) Adakah mereka ini punya ikatan keluarga yang kuat atau berfahaman ethnosentrik dimana melihat hanya mereka adalah terbaik dan pandang rendah golongan lain?
8) Adakah mereka ini suka kegiatan yang dapat mencuri tumpuan orang?




Nombor 77 akan menghasilkan 5. (7+7=14 dan 1+4=5). Di sebalik kiraan 77 ialah kombinasi 753 dan 336. Untuk maksud nombor 3 dan 6 sila rujuk kepada makna yang ada di tulisan 30 dan 36. Secara ringkas tentang maksud 7 dan 5 adalah seperti berikut:

7. Menarik penyokong, suka menyelidik, berkumpulan
5. Kasar, degil, emosional, sibuk.


7+7=5 beerti bertuah dan satu kebolehan menarik penyokong dengan mudah. Cenderung mengambil kesempatan ke atas penyokong, mempunyai kepimpinan tapi gaya diktator cenderung untuk menarik perhatian. Sekiranya individu mempunyai kombinasi 775 biasanya individu tersebut cakapnya tidak boleh dipakai, mereka juga sangat degil bersemangat apabila nak buat sesuatu yang baru, tapi biasanya sekejap saja. Kombinasi kiraan tersirat 753 pula bermaksud sekumpulan penyokong dibelakangkan apabila mendapat sesuatu yang memerlukan mereka bergerak pantas untuk mengerjakannya seperti hal-hal kecemasan yang memerlukan perhatian mereka. Mereka mampu beri komitmen dengan baik. Tetapi oleh kerana penyokong berada di belakang, mereka juga berpotensi untuk disabotaj, bermakna akan berlaku sabotaj dan mensabotaj orang lain. 753 terkenal juga dengan sikap suka cari pasal dan suka cari masalah. Kombinasi terakhir adalah 336. Mereka ada keboleh untuk mendapat duit dengan cepat/mudah tapi duit juga cenderung hilang dengan cepat biasanya sekiranya mereka tidak berjaya mengawalnya. Mereka yang ada corak 336 pandai psiko persekitaran untuk mendapat duit.


Persoalannya kepada mereka yang rapat dengan corak nombor 77:

1) Adakah mereka selalu terlibat dalam kegiatan pow untuk dapat ang pau? atau apa-apa aktiviti untuk psiko orang sekeliling untuk dapat duit??
2 Adakah mereka cenderung menggunakan penyokong ketahap maksimum dan kemudian tinggalkan mereka??
3)Adakah mereka suka cari pasal dan cari masalah?
4)Adakah mereka ini degil dan tidak mahu dengar pandangan orang lain selain dari orang yang dianggap "besar" pada kaca mata mereka?
5)Adakah mereka ini cenderung untuk cakap berapi atau cakap besar?

Demikianlah sedikit sebanyak kupasan mengenai corak nombor 30,36 dan 77. Pembentangan ini adalah melalui kajian penomboran untuk mengenalpasti corak sesuatu di sebalik angka tersebut. Apa yang kita lihat adalah secara am, bukan secara spesifik, untuk spesifik terpulang pada individu itu sendiri. Sekiranya satu kumpulan itu baik bukan semuanya baik, sekiranya buruk bukan semua buruk.

Wallahualam.
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...