Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

05 October 2011

Himpunan Sejuta Umat patut sama jelaskan hudud


 
SEBELAH pagi tadi saya hadir pada sidang media Himpunan Sejuta Umat yang berlangsung di sebuah kamar kecil persidangan di hotel terletak di Jalan Pahang. Sidang media itu bertujuan memberi penjelasan perjalanan dan pengisian berhubung himpunan yang bakal diadakan pada 22 Oktober bertempat di stadium Shah Alam, Selangor.
 
Seperti mana dijelaskan oleh ketua bersama sekretariat Yusri Mohamad dan Mohd Azmi Abdul Hamid tujuan himpunan itu ialah untuk menzahirkan kekuatan umat Islam dalam di negara ini dalam mempertahankan akidahnya. Akidah umat Islam negara ini akhir-akhir ini dalam keadaan terancam dengan tercetusnya beberapa peristiwa yang agak menyayat hati dan apa yang berlaku dikesalkan kerana semacam ada usaha ke atas memurtadkan umat Islam.
 
Himpunan itu yang diharap akan disertai oleh setiap umat Islam, badan-badan Islam dikira penting bagi menyatakan kesatuan ummah dalam melihat kesucian agama Islam tetap utuh.
 
Himpunan itu terilham atas beberapa isu atau pun peristiwa pemurtadan beberapa individu Islam di negara ini yang menjadi kontroversi dan kenangan pahit. Peristiwa langgar masuk tanpa ketuk ke gereja di Damansara Utama oleh Jais kononnya berlaku proses permurtadan di situ dilihat sebagai titik tolak kepada terilhamnya himpunan sejuta umat. Sekretariat itu melihat kejadian itu sesuatu yang serius dan perlu ditangani sesegera mungkin dan sesungguh mungkin.
 
Himpunan itu digesa dan diusahakan oleh beberapa badan Ngo dan individu yang perihatin terhadap agama dan mendapat sokongan padu dari Mufti-Mufti. Antara Ngo yang bergabung dalam sekretariat itu ialah, Gabungan Ngo Pembela Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Barisan bertindak Anti Murtad, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) dan Gabungan Intelek Melayu.
 
Seperti mana dijelaskan oleh sekretariat himpunan, program itu tidak ada agenda politik mana-mana parti tetapi ia dibuat atas semangat dan kesedaran bersama untuk membela akidah umat Islam. Justeru pihak sekretariat merayu agar semua orang yang cintakan Islam hadir memberi sokongan dan menunjukkan iltizam dan komitmen dalam gerak membela agama Islam.
 
Tanpa prejudis bagi saya dengan pengakuan sekretariat itu wajar semua umat Islam menghadirkan diri pada 22 Oktober. Sekarang ini dengan pelbagai ancaman terhadap akidah dan juga kesatuan bangsa, bukan waktu lagi untuk umat Islam saling tunding menunding di antara satu sama lain dan bergerak secara nasfu nafsi. Perlu diingatkan perjuangan secara terpisah dan bermahazab tidak akan mencapai kemenangan, sebaliknya ia akan menambahkan kecelaruan apa lagi kalau perjuangan itu mengikut rentak dan irama ideologi politik.
 
Kesendirian atau degil dengan kepercayaan akal sendiri dalam memperjuangkan agama dan bangsa tidak akan menjamin kemenangan dan kejayaan.
 
Dalam pada itu bagi saya kalau himpunan itu ikhlas dan benar-benar ingin menjaga akidah umat Islam dan juga menegakkan syariah Islam, apa salah kalau pengisian dalam himpunan berkenaan dimasukan slot penerangan mengenai isu-isu agama lain seperti hukum hudud yang hebat diperkatakan kini. Rasanya menjadi peranan himpunan itu juga untuk membicarakan soal hudud, memberi penjelasan kepada semua pihak akan kepentingan hudud serta tuntutan Allah ke atasnya.
Pengejian kepada hudud oleh sesetengah pihak baik oleh umat Islam sendiri dan juga orang kafir boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menggugat kesucian agama Islam dan dari konteks akidah pula bagi umat Islam yang berbuat demikian boleh menyebabkan akidahnya terluka.
 
Dengan memasukkan sama hudud di dalam program itu bagi saya lebih kemas, jelas dan nyata lagi akan kesungguhan dan kejituan umat Islam (sekretariat) untuk membela akidah umat Islam di negara ini. Menolak hudud atau sangsi ke atas perintah Allah dalam melaksanakannya juga boleh menyebabkan akidah seseorang yang berada dalam keadaan itu menjadi sayung.
Sekretariat rasanya boleh memikirkan cadangan ini sebagai salah satu pengisian himpunan yang bakal mencatat sejarah itu. InsyaAllah kalau sekretariat sedia melakukan ini dan himpunan itu bersih dan suci dari agenda politik tidak ada syak dan ragu kepada umat Islam untuk hadir beramai-ramai ke himpunan berkenaan.
 
Kejayaan himpunan berkenaan adalah kejayaan umat Islam negara ini. Adalah diharap juga himpunan yang memperakui bebas dari agenda politik akan terus kekal sebagai sebuah sekretariat untuk menyelaraskan apa-apa perbalahan dan selisih faham umat Islam dinegara ini yang disebabkan oleh politik.
 
Sekretariat itu hendakah menjadi segolongan orang yang dinyatakan dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud; Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang beruntung.”
 
Dalam hubungan ayat ini Hasbi Ash Siddieqy menafsirkan ayat ini: “Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyelesaikan urusan dakwah, menyuruh maa’ruf (segala yang dipandang baik oleh syara` dan akal) dan mencegah yang munkar (segala yang dipandang tidak baik oleh syara` dan akal) mereka itulah orang yang beruntung.”
 
Tidak syak lagi kalau nawaitu sekretariat itu suci dan ikhlas golongan yang dimaksudkan oleh ayat berkenaan ialah sekretariat atau Ngo-Ngo yang bergabung dalam Himpunan itu. [wm.kl.8:40 am 05/10/11

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat


 Kenyataan Media
HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat
Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.
HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.
Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.
Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.
Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.
HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.
HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.
Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.
Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.
HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.
Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.
Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.
Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.
Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.

Yang benar,
Tuan Haji Mohd. Azmi bin Abdul Hamid  &  Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad
Pengerusi Bersama HIMPUN 2011

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

[INFO] Sidang Media HIMPUN




Pimpinan-pimpinan daripada ratusan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini berhimpun di bawah gabungan HIMPUN yang berperanan sebagai platform penting dalam memperkasakan suara umat Islam di negara ini.
HIMPUN disokong oleh antara lain, Pimpinan Majlis Ugama Islam, Pimpinan NGO seperti Gabungan PEMBELA Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ACCIN, TERAS, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),  Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pimpinan Parti Politik antaranya ahli dari Pemuda PAS, Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit dan Persatuan Bekas Anggota Polis, Gabungan Persatuan Silat, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, gerakan-gerakan belia, gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam serta wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam.
HIMPUN ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa umat Islam di negara ini adalah umat yang berdaulat dan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Akhir-akhir ini, kedaulatan agama dan umat Islam semakin berani digugat oleh Gerakan Kristianisasi dan dari sekumpulan bukan Islam yang berniat utuk menggugat kedaulatannya.

Gerakan Kristianisasi telah berani membuat desakan yang melampaui batas antaranya dalam isu-isu Murtad, Bible Melayu, Kalimah Allah, JAIS dan sentiasa menentang pentadbiran agama Islam dalam semua isu agama dan tindakan mereka dilihat seperti orang yang tidak bertamadun.
Sikap dan cara mereka dicerminkan melalui tindakan yang melampau serta mengeluarkan pelbagai kenyataan kasar yang amat menghiris hati umat Islam di negara ini.
Oleh yang demikian, suatu sidang akhbar akan diadakan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diwakili oleh tokoh-tokoh NGO Islam, antaranya :
1. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Bersama HIMPUN, Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM)
2. Dr. Mohd. Yusri Mohamad, PhD
Pengerusi Bersama HIMPUN, Pengerusi PEMBELA, Pengerusi Yayasan Sofa, Penasihat ABIM
3. Tuan Haji Aminuddin Yahya,
Setiausaha HIMPUN, Timbalan Presiden ISMA
4. Ibrahim Mohd Hasan
Penolong Ketua Unit Belia & Mahasiswa HIMPUN, Timbalan Presiden PEMBINA
5. Wakil-wakil pimpinan NGO Islam dalam gabungan HIMPUN
6. Pimpinan parti-parti politik dan badan-badan agama Islam yang menyokong HIMPUN

Butir-butir Sidang Media HIMPUN
Tarikh : 4 Oktober, 2011 (Selasa)
Masa    : 10.00 Pagi
Lokasi : Tingkat Bawah, Grand Seasons Hotel No 72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Himpunan Sejuta Umat satukan orang Islam hadapi gerakan Kristianisasi



BANGI, 5 Oktober – Satu perhimpunan yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan diadakan pada 22 Oktober depan sebagai suatu inisiatif gabungan NGO-NGO Islam bertujuan untuk menyatukan umat dalam menghadapi ancaman terhadap kedaulatan agama Islam terutamanya gerakan Kristianisasi.
Menurut Timbalan Presiden ISMA, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya yang juga merupakan Setiausaha Sekretariat HIMPUN, peristiwa 3 Ogos 2011 yang membabitkan pemeriksaan JAIS ke atas premis Dream Centre yang dimiliki Damansara Utama Methodist Church membuka mata banyak pihak tentang kegiatan Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam.
“Peristiwa tersebut adalah rentetan kepada pelbagai peristiwa sebelumnya seperti kes Lina Joy, Nor Aishah Bukhari, isu Al-Kitab, isu penggunaan kalimah Allah dan pelbagai lagi dapatan yang menggusarkan kita.”
Justeru itu, kata beliau, HIMPUN diadakan bagi menzahirkan kekuatan akidah dan kesatuan umat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa seandainya isu ini tidak ditangani segera.
“Perhimpunan itu juga akan menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya bagi mengelakkan isu akidah ini berterusan menjadi modal politik, kerana kita melihat parti-parti politik cuba mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka.”
Himpunan Sejuta Umat ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bermula daripada jam 2 petang hingga 6 petang.
Sehubungan dengan itu, Tuan Hj. Aminuddin mewakili Sekretariat HIMPUN menjemput orang ramai terutamanya di kalangan umat Islam untuk bersama-sama hadir ke perhimpunan ini.
Perhimpunan ini, menurut beliau, turut mendapat sokongan daripada Mufti-Mufti seluruh negara dan pelbagai NGO Islam termasuk Teras Pengupayaan Melayu Malaysia (TERAS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

02 October 2011

Ya Allah...Gereja terbesar di Malaysia akan didirikan?




Gereja yang akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html danhttp://www.calvary.org.my/

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.










  beginilah rupa gereja itu apabila siap dibina

mengejutkan juga..gereja ini mempunyai unsur2 freemason





Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.


Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.


Lihatlah saja kepada misi-misinya:




The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:


* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?. Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

PENDEDAHAN KISAH GEREJA DAMANSARA UTAMA METHODIST CHURCH MEMURTADKAN 12 ORANG ISLAM YANG TERDESAK ATAS NAMA KEHIDUPAN

Gerakan memurtadkan orang Islam terbongkar apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor membuat serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Disini kami ingin mendedahkan gerakan dan dalang di sebalik gerakan kristianisasi terhadap orang Islam, pendedahan ini telah di perolehi daripada 2 orang yang berada di waktu JAIS membuat serbuan pada malam Majlis Thanks Giving Dinner yang telah di adakan di Gereja tersebut.

Pendedahan yang di buat oleh - RASIDAH BT AB. RAZAK, Beliau telah mula di perkenalkan kepada saorang lelaki Cina yang bernama RAYMOND KOH dalang yang bertanggungjawab di atas kerja-kerja menyebarkan dakyah kristian pada orang-orang Islam, dia menjalankan kerja-kerja ini bersama isterinya yang bernama SUZANA@LIEW SOW YOKE kedua-dua mereka adalah ahli HARAPAN KOMUNITI yang menguruskan tapak kompleks gereja DUMC tersebut. Pasagan suami isteri ini meletakkan sasaran 1 hari 1 orang, mereka yang berjaya di kristiankan oleh mereka akan di peralatkan untuk mengenal pasti sasaran seterus nya untuk di pengarauhi. Juga di fahamkan bagi setiap orang Islam yang berjaya di kristianisasikan, pasangan ini akan menerima ganjaran berjumlah diantara RM30,000-RM40,000 ke dalam akuan peribadi mereka dari pertubuhan kristian berpengkalan di Austrialia.

Semenjak di kenalkan pada pasangan suami isteri ini pada tahun 2009, Rasyidah telah berjayan di pengaruhi oleh mereka, dan menyertai Harapan Komuniti dan sepajang penglibatan nya di dalam pertubuhan tersebut , pasangan suami isteri ini banyak membantu dari segi moral, spiritual dan kewangan. mengikut beliau, Raymond Koh adalah saorang yang pemurah dan sangat mudah untuk membantu dengan bantuan kewangan sehingga kehidupan beliau menjadi sangat selesa tanpa masaalah keawangan.

Dengan itu hubungan beliau terhadap pasangan suami isteri itu sangat rapat dan menjadi orang kepercayaan beliau, dan begitu juga beliau di anggap orang kepercayaan Raymond Koh dan isterinya. Pada pertengahan Tahun 2010, Rasyidah bersama 5 orang Islam telah dibaptiskan oleh Raymond Koh, isterinya Suzana dan saorang pastor yang tidak di kenali di sebuah kolam renang berhampiran kawasan perindustrian di Rawang, Selangor.

Mengikut pengalaman Rasyidah, pada setiap penghujung tahun, Raymond Koh bersama isterinya akan organise trip ke Genting Highland untuk mereka yang telah berjaya dipengaruhi di sebuah Villa yang di percayai milik Harapan Komuniti. Pada kebiasaan nya jumlah yang akan turut serta dalam rombangan ini lebih kurang 100 orang, dan 50% dari jumlah ini terdiri dari orang-orang Melayu. dan semas di situ ceramah-cerama mengenai fahaman kristian akan di adakan di sertai kupasan dan petikan dari kitab Injil.

Rasyidah telah di calunkan oleh Raymond Koh untuk menghadiri kursus menjadi pastor di Sabah yang akan berlansung pada bulan Oktober selama 3 bulan. 
Pendedahan yang kedua di perolehi daripada JOSHUA@ JAMALUDDIN BIN OTHMAN.  Beliau telah pertama kali menemui Raymond Koh semasa dia tinggal sementara di asrama FAR EASTERN BIBLE COLLEGE (FEBC) di Singapura bersama Raymond Koh ketika menghadiri persidangan ‘OPERATION MOBILIZATION’ (OM) di sana. Pada Dis 1985 hingga Mei 1986, Joshua@ Jamaluddin bin Othman selepas pulang ke Malaysia telah tinggal di rumah Raymond Koh selama 6 bulan di alamat, Jalan SS1/1B, Petalaing jaya, Selangor, yang juga merupakan pejabat OM Cawangan Malaysia.
Aktiviti-aktiviti Joshua semasa itu adalah membantu menjaga urusan OM seperti hantar surat dan menjual buku-buku kristian ke gereja-gereja di seluruh Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan juga menghadiri kelas ‘PERHIMPUNAN DOA’ yang di adakan setiap Malam Isnin yang dipimpini oleh Raymond Koh sendiri, antara agenda perhimpunan doa adalah nyanyian lagu rohani dan membaca bible. Mei 1986, Joshua berpindah keluar dari rumah setelah Raymond Raymond berkawin dan punyai anak.
Pendedahan ketiga – di buat oleh PHILIPS CHEONG @ CHENG AH KOW pada tahun 1984, sering mengadakan perjumpaan ‘PRAYERS GROUP FOR NEGLECTED PEOPLE (NPs) di First Baptist Church, Jalan Pantai, Petaling Jaya, yang turut di hadiri oleh Raymond Koh dan pada tahun 1985 beliau telah di kenalkan kepada Joshua oleh Raymond Koh. Dan pada tahun 1986 di pelawa oleh Raymond Koh untuk memberi ceramah mengenai ‘UNDERSTANDING ISLAM’ di sebuah gereja di Batu Pahat, Johore.

KENYATAAN JOSHUA @ JAMALUDDIN OTHMAN, HILMY HJ. MOHAMED NOR DAN PHILIP CHEONG MENDAKWA 3 INDIVIDU DALAM ISU DUMC ANTARA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM GERAKAN KRISTIANISASI. MEREKA IALAH :-


1. RAYMOND KOH


2. SUZANA @ LIEW SOW YOKE (ISTERI RAYMOND KOH)


PASTOR DUMC DANIEL HO
KENALI DAN CAM LAH MUKA-MUKA DIATAS INI, SEKIRA ANDA DI HAMPIRI MEREKA ATAS DASAR MEMBERI BANTUAN, INGAT AKAN AGENDA YANG TERSIRAT UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM.




SASARAN

RAYMOND KOH - DALANG GERAKAN KRISTIANISASI KEATAS ORANG-ORANG  MELAYU ISLAM DAN MELETAKKAN SASARAN 1 HARI 1 ORANG.
SASARAN MEREKA IALAH :-

a)     IBU TUNGGAL,
b)     MUALAF,
c)     MISKIN,
d)     PENGIDAP HIV,
e)     MENGANDUNG TANPA BAPA ; DAN
f)      SESIAPA SAHAJA YANG  BOLEH DIEKSPLOIT DENGAN WANG RINGGIT.


PREMIS KRISTIANISASI DI SEKITAR PETALING JAYA DAN SUBANG JAYA, DI SELANGOR


NAGADAYA CONSTRUCTION SDN.BHD, NO. 1, JALAN SS4D/2, TAMAN DAGANG, PETALING JAYA, SELANGOR.


NO. 45, JALAN SS5/2, PETALING JAYA, SELANGOR


NO. 5, JALAN PJS 10/16, TAMAN SUBANG INDAH, SUBANG JAYA, SELANGOR


NO. 65, JALAN SS23/33, TAMAN MEGAH, PETALING JAYA, SELANGOR.



DARI 3 OGOS HINGGA 20 SEP 2011,  189 LAPORAN POLIS OLEH PELBAGAI PIHAK KHUSUSNYA NGO ISLAM MENGGESA SIASATAN DIBUAT TERHADAP DUMC.


NEGERI

Jumlah
PERLIS
-
15
KEDAH
-
15
PULAU PINANG
-
2
PERAK
-
26
SELANGOR
-
59
KUALA LUMPUR
-
2
N. SEMBILAN
-
0
MELAKA
-
9
JOHOR
-
3
PAHANG
-
23
TERENGGANU
-
3
KELANTAN
-
17
SABAH
-
13
SARAWAK
-
2
JUMLAH
-
189





PASTOR DANIEL HO TIDAK BERSETUJU MCA YG BERCADANG UNTUK MENGADAKAN PROTES DI DUMC KERANA TIDAK BERMINAT DENGAN KUNJUNGAN PARTI ITU;

SEBAGAI LANGKAH UNTUK MELINDUNGI PENGLIBATAN PIHAK TERTENTU:-

i) WUJUD USAHA UNTUK MEMUJUK SULTAN SELANGOR    SUPAYA  MELIHAT  SECARA  SERIUS MASALAH  YANG  WUJUD EKORAN TINDAKAN JAIS  DAN BERPENDAPA  IA AKAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI  SELANGOR SEKIRANYA BAGINDA  ‘AT LEAST  MILDLY   REPRIMAND  THE   RECKLESS  JAIS  ACTION  AND INSTRUCT OFFICERS TO BE SENSITIVE” ;

ii) MEWUJUDKAN PORTFOLIO KEAGAMAAN DI BAWAH PEJABAT   MENTERI BESAR;

iii) INISIATIF MEMPROMOSI PERSEFAHAMAN ANTARA AGAMA DAN DIALOG ATAU AKTIVITI BERSAMA ANTARA ISLAM, KRISTIAN/BUDDHA DAN LAIN-LAIN AGAMA. SEBAGAI CONTOH PENGANJURAN SUKAN DI ANTARA AJK SURAU/MASJID DENGAN GEREJA ATAU AKTIVITI PERKHEMAHAN DISERTAI REMAJA ISLAM/KRISTIAN DAN DIPERTANGGONGJAWABKAN KEPADA SAARI SUNGIB DAN FUZIAH SALLEH. MELALUI INITIATIF ITU, PR BOLEH MENAPIS PERSEPSI NEGATIF YANG TIMBUL DAN PADA MASA SAMA MENUNJUKKAN PR MEMPUNYAI PENYELESAIAN JANGKA PANJANG TERHADAP MASALAH  TSBT;

iv) PR MEMBUAT REFORMASI SECARA BERHATI-HATI TERHADAP SISTEM YANG ADA SEKARANG KHUSUSNYA BIDANGKUASA JAIS YANG BUKAN DIKUASAI OLEH KERAJAAN SELANGOR TETAPI DI BAWAH SULTAN SEBAGAI KETUA  AGAMA ISLAM; DAN

         TERESA KOK BIMBANG TENTANG ISU GEREJA INI DAN BERPENDAPAT DAP TIDAK PERLU MENYATAKAN PENDIRIAN KERANA PADA AKHIRNYA IA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA PR SECARA KESELURUHAN TERUTAMANYA DALAM ISU PENUKARAN AGAMA. PERKARA YANG TERBAIK BAGI DAP – PASS THE BUG TO PAS DAN PKR TO DO THE FIGHTING’ ;

         DUMC BERGERAK SECARA HARAM. PEMIMPIN PR SELANGOR TELAH MENGARAHKAN MPPJ SUPAYA MEMBATALKAN OPERASI MENYITA GEREJA. RONNIE LIU TURUT MENGUGUT AKAN MENUKAR KAKITANGAN PENGUATKUASAAN MPPJ SECARA BESAR-BESARAN SEKIRANYA OPERASI DITERUSKAN DAN ELIZABETH WONG MAHU MPPJ KELUAR KENYATAAN MENAFIKAN TENTANG OPERASI HARAM DUMC ;

         PASTOR DANIEL HO BIMBANG MPPJ AKAN ‘MENUTUP’ PUSAT KOMUNITI MEREKA (DREAM CENTRE) ATAS ALASAN TIDAK MEMILIKI PERMIT. HAMPIR 80% GEREJA DI MALAYSIA TIDAK BERDAFTAR DAN SENASIB DENGAN DUMC DAN MEREKA SEDANG  ‘MELANCARKAN GERAKAN MENCARI’ GEREJA-GEREJA TERSEBUT UNTUK DIJADIKAN FAKTA SOKONGAN KEWUJUDAN MEREKA  PADA MASA DEPAN ;

         SEBAHAGIAN DARIPADA 12 ORANG MELAYU TERTEKAN SETELAH MAKLUMAT PERIBADI MEREKA DISIARKAN DALAM MEDIA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA BERPINDAH KE TEMPAT LAIN. HARAPAN KOMUNITI BERUSAHA  MEMBANTU MEREKA MENCARI RUMAH SEWA ;

         RAYMOND KOH BERCADANG UTK MEMINDAHKAN AHLI KELUARGANYA SELEPAS MELAPOR KEPADA POLIS SETELAH MENERIMA SURAT UGUTAN DAN PELURU ;

         PIHAK GEREJA AKAN MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL UTK SALAH SEORANG DARI 12, DENGAN MEMBIAYAI SEWA RUMAH DAN RM2 K SEBULAN SEMENTARA  MENUNGGU KEADAAN REDA ; DAN

         SALAH SEORANG DARI 12 – TERTEKAN SETELAH ISU DUMC  DIDEDAHKAN KPD UMUM DAN BUTIRAN PERIBADI DIPAPARKAN DALAM LAMAN SESAWANG SEHINGGA DIKUTUK UMAT ISLAM. JUGA BIMBANG MEREKA AKAN MENJADI SASARAN UGUTAN BUNUH  OLEH ANASIR ATAU PELAMPAU AGAMA.


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...