Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 February 2011

Jadikan "Konflik Demontrasi di Mesir" sebagai peringatan di Malaysia



Keadaan di Mesir semakin lama semakin parah. Dulu, masa presiden Tunisia diguling rakyat, dunia macam tak ambil kesah pun pasal negara arab tapi lepas satu demi satu revolusi negara arab melanda dan terbaru di Mesir habis semua pihak menantikan setiap masa perkembangan terbaru di negara itu. A new dawn for democracy. Kuasa rakyat katanya untuk mendesak Hosni Mubarak, Presiden Mesir yang memerintah negara itu selama 30 tahun. Katanya, dulu rakyat senyap je. Biarkan segala – galanya kerajaan lakukan. Tapi sekarang tidak lagi. Belia dan golongan muda Mesir bangkit untuk menentang pemerintah.
Memang rakyat ada kuasa. Demokrasi namanya kan memberikan hak kepada rakyat. Tetapi adakah rakyat benar – benar menggunakan kebebasan dan proses demokrasi yang diberikan tu? Kita kena tahu. Adakah kerajaan sekarang tidak menjalankan tugasnya dengan betul, membiarkan rakyat tertindas dan sebagainya? Adakah dengan menjatuhkan kerajaan sekarang ini akan menaikkan kerajaan baru yang jauh lebih baik daripada kerajaan sekarang?

Jadikan sejarah Iraq yang dahulunya gemilang dibawah pemerintahan Saddam Hussien dan kini menjadi padang jarak padang tekukur oleh pemerintah baru Nuri Al – Maliki yang merupakan boneka Amerika Syarikat. Dulu, hidup orang Iraq aman damai diperintah oleh pemerintah yang kejam tapi sekarang ni lihatlah apa yang jadi? Tiap – tiap hari ada pembunuhan disana sini. Negeri mereka tak aman.

Kenapa rakyat Malaysia harus belajar dari sejarah?

Menurut mata pandangan pribadi saya, rakyat Malaysia harus celik dan imbas apa yang berlaku diseluruh dunia dan amalkan di negara kita ni. Demonstrasi bukan cara untuk membuktikan amalan demokrasi di Malaysia. Banyak cara lagi boleh kita lakukan daripada buat demonstrasi yang akhirnya memakan diri kita sendiri.Dengan melakukannya, ia bukannya menyelesaikan masalah tetapi ia lagi membarahkan apa yang sedang terjadi.

Bayangkan, jika pihak A mendesak Kerajaan B untuk turun daripada memerintah takkan pengikut kerajaan B akan duduk diam dan saksikan apa yang pihak A lakukan? Sudah pasti penyokong B akan melakukan perkara yang sama dan pergaduhan antara A dan B akan terjadi. Inilah yang dinamakan perang saudara. Pergaduhan untuk membela dan mempertahankan pemimpin dan warna parti yang akan menyebabkan rakyat jelata yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya. Siapa susah? Orang kaya pasti akan lari keluar negara kerna tak mahu tinggal dinegara yang tak stabil dan merbahaya. Perniagaan pasti merosot dan pelabur jauh sekali nak datang berniaga ditempat kita.

Jangan ikutkan perasaan dan parti politik. Kita semua dah banyak rugi dan berpecah belah demi pemimpin, ideologi dan warna parti pujaan masing – masing. Susah sangat untuk kita bersatu demi bangsa dan negara. Jadikan iktibar yang terjadi di Mesir dan seluruh dunia untuk hidup pada masa akan datang dan pastikan ia tak terjadi dinegara kita yang tercinta ini.


( Wallahuaklam Bissowab )

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...