Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

07 February 2011

Ng Kian Nam Mohon Maaf kepada Umat Islam



KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam kerana salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Sebelum sidang akhbar itu, Raja Nong Chik mengadakan perbincangan tertutup dengan Kian Nam, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd. Yusof dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Yg. Bhg Ayahanda Zakaria Awang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...