Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

11 May 2011

Benarkah Osama Hanya Boneka Amerika?



Aku teringat satu ketika dahulu pernah berbual dengan seorang warga Pakistan yang bekerja di KL ni tentang Taliban dan Osama Laden.

Apa yang dia bagitau ialah Osama dan Al-Qaeda ialah watak ciptaan Amerika untuk dijadikan alasan menguasai bumi Afghanistan dan Iraq. Ini kerana Afghanistan memiliki sumber mineral yang mahal untuk buat cip elektronik. Kedudukan mineral ini berada di sempadan Afghanistan dan Pakistan. Iraq seperti yang sudah maklum kaya dengan hasil minyak.

Taliban juga asalnya sebuah organisasi memperjuangkan Islam semasa serangan Rusia satu ketika dahulu. Selepas Rusia tahu mereka tidak akan dapat mengalahkan Afghanistan secara bersemuka, jadi mereka telah menghantar perosak organisasi ini menjadi sebuah organisasi keganasan. Target mereka ialah Pakistan. Sebab itu banyak berlaku kes serangan bom di Pakistan akibat daripada kumpulan Taliban ini.

Amerika yang sudah tahu tentang maklumat ini mengambil kesempatan dengan mengaitkan Taliban yang membantu Al-Qaeda. Padalahal Al-Qaeda tak wujud pun. Jadi mereka terus menyerang Taliban sampai jatuh kerajaan Taliban dan digantikan dengan boneka mereka.

Pada masa yang sama Amerika tahu Pakistan juga memang musuh Taliban sejak Taliban kerap mengebom Pakistan. Ini telah menghalalkan lagi serangan mereka selepas mendapat sokongan Pakistan secara tidak lansung sebab menghadapi musuh yang sama.

Jadi Taliban sekarang bukan seperti Taliban semasa zaman Rusia menyerang Afghanistan dahulu. Taliban sekarang ini ialah Taliban yang sudah dirosakkan.

Watak Osama itu masih kabur hingga sekarang. Mungkin dia agen CIA. Mayat yang didakwa Osama itu mungkin orang lain. Osama (pelakon) mungkin hidup senang lenang di tempat lain sekarang ni.




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: