Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

09 December 2011

KONGSI Gelap VS Kongsi Terang?


Perlukah Budaya Kongsi Gelap Mengikis Keturunan Asal Kamu...??????" Salam perpaduan, salam kaseh sayang buat tuan-tuan yang bijaksana khususnya kepada bangsa Melayu yang kaya dengan ilmu kongsi gelap cina..... "Tak perlulah jiwa menjadi cina, cukuplah nama/bahasa/pakaian dan fahaman kamu dijajah cina...." Setelah mengikuti perkembangan anak-anak Melayu dari jarak yang lebih dekat (intipan dan penyamaran di lokasi suspek), rupa-rupanya maseh ada belia-belia Melayu yang maseh TAKSUB dan ANGKUH dalam menguasai budaya kongsi gelap cina yang maseh menular di jiwa muda anak-anak bangsa Melayu. Artikel ini saya "kongsi" kan kepada semua bangsa Melayu yang baharu tumbuh taring dan kuku di dalam dunia kongsi gelap dan berasakan diri mereka sudah hebat dalam segala segi termasuk soal hukum hakam di dalam berugama. Baguslah pabila anak-anak muda "bersatu" dan "menguasai" sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada bangsa, ugama dan negara serta dapat menggerunkan pehak musoh yang boleh menggugat keharmonian negara NAMUN apa yang saya perhatikan, jiwa dan semangat KEMELAYUAN itu kian hancur dan terhakis dek pegangan dan fahaman kongsi gelap cina yang tiada sempadan dan batasan dalam adab dan kesopanan Melayu yang telah sekian lama diamalkan oleh ibu bapa mereka sejak zaman berzaman. Ada dikalangan kita sendiri pernah bergaul dan mengharungi pahit getir di dalam dunia kongsi gelap bersama bangsa asing di suatu masa lampau namun apa yang dapat kita perhatikan terdapat jurang perbezaan yang sangat ketara di antara pembawakan kongsi gelap dahulu dengan cara pembawakan kongsi gelap sekarang. Dahulu, walau sepayah manapun seseorang Melayu itu bergelumang di dalam dunia kongsi gelap, mereka masih berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati di kalangan masyarakat terutama kepada sesama bangsa Melayu dengan tidak mengira peringkat (hirarki) DAN sangat menghormati senioriti bangsanya dari aspek usia, pengalaman dan ketokohannya. Ini yang membuatkan bangsa asing gerun dan goyah pabila ada di antara bangsa Melayu yang maseh menjaga adab dan ketuanan Melayu di dalam Tanah Melayu ini.... Biarpun kehidupan tunggang langgang, ekonomi turun naik dan ancaman silih berganti, namun kesopanan dan adab Kemelayuan tidak pernah terhakis dan luntur di dalam diri dan jiwa seorang Melayu yang menganggotai Kongsi Gelap Cina di suatu masa dahulu. Ramai di antara mereka yang telah gugur dan ada juga di antara mereka (saki-baki) yang maseh berjuang di dalam dunia kongsi gelap hingga kini namun maseh steady kerana apa...????? Kerana mereka maseh mengamalkan kecintaan dan kedaulatan nama MELAYU yang tidak pernah luntur di dalam perjuangan mereka walaupun mereka terpaksa makan menggunakan "dua batang kayu buluh" dan minum di dalam "mangkuk berukiran naga" sekalipun..... Inilah kunci utama kejayaan seseorang Melayu yang akhirnya dihormati dan disegani oleh bangsa lain kerana mereka orang-orang Melayu "YANG KENANG ASAL-USUL" ini sedaya upaya mempertahankan kedaulatan Melayu dengan tidak menanggalkan budaya, semangat dan jiwa Melayu nya walau tubuhnya dicacah tatu sekalipun namun, nama nak memadamkan kehebatan Melayu di bawah telapak kaki cina, jauh sekali!!! Inilah yang digelar "KONGSI TERANG DI DALAM GELAP...." Perhatikan anak-anak kamu!! Perhatikan adik-adik kamu!! Perhatikan ahli keluarga kamu!! Perhatikan baik-baik...... Ada di antara mereka yang dah minum darah bercampur arak.... Ada di antara mereka yang dah memegang tiga batang colok menyembah dewa/nenek moyang cina.... Ada di antara mereka yang dah bersumpah taat setia mati di dalam satu pintu bersama-sama dengan cina, india dan Melayu yang bangsat.... Jangan kata tiada.... Bukak mata besar-besar!!! Maseh ada budaya dan upacara sebegini di dalam ritual atau "bai'ah" pengambilan ahli baru geng-geng kongsi gelap yang rata-ratanya dianggotai oleh bangsa Melayu yang berpendidikan, berjawatan dan berlatar-belakangkan keugamaan.... Bukanlah semua bangsa Melayu yang bodoh..... hanya segelintir sahaja yang berpura-pura cerdik menjalankan kumpulan sebegini demi mahukan rangking sesaing dengan kaum cina dan india serta diiktiraf sebagai "Kongsi Gelap Antarabangsa" ?????? Hebat lagi Bukit Aman...... Tiada siapa lagi yang mampu menjatuhkan empayar Bukit Aman hingga kini betul tak...?????? Jadi kepada mereka yang tidak tau-tau lagi di mana kehebatan Melayu, masuklah ke pejabat Bukit Aman.... Di situ kamu akan tahu kekuatan Melayu itu di atas atau di bawah kongsi gelap cina atau india. Hentikanlah membangga-banggakan budaya kongsi... Belajar takpa.... Ceduk ilmu cina takpa.... Tapi janganlah sampai maruah dan muka hangpa sebagai orang Melayu senang-senang dibeli serta diperlekeh bangsa lain.... Lambat laun, berpuas hatikah kamu dengan bangsa lain jika Tanah Melayu menjadi seperti Tanah Singapura...????? Di situ baru hangpa termenung dan terbiol selama 7 hari 7 malam akibat terlebih menjadi cina dari cina. Semoga tuan-tuan semua lebih berhati-hati lagi selepas ini dalam berurusan di dalam sarang masing-masing kerana setiap masa dan setiap ketika, ada yang meneliti dan memerhati setiap gerak geri..... Barakallah.....





Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...