Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

07 December 2011

Lagi Pendedahan Tentang ISU MURTAD di Malaysia

GAMBAR REMAJA MELAYU MURTAD DAN GROUP MALAYSIA MURTAD DI FACEBOOK


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sungguh terkejut dengan berita yang diterima ini. Gambar remaja Melayu murtad ini didedahkan di facebook baru-baru ini.
remaja-murtad
          Info yang diterima adalah seperti berikut:
Nama : Tajul Azri
Umur : 19 Tahun
Negeri : Melaka
Status : Murtad selepas SPM


Gambar di bawah ini merupakan perbualan remaja ini dengan ibunya. Dikatakan, keluarganya masih berusaha membantunya kembali kepada Islam.
remaja-murtad2

Lebih mengejutkan apabila info seterusnya yang diterima bukan sahaja seorang remaja ini yang murtad tetapi masih ramai lagi remaja dan rakyat Malaysia yang murtad. Paling menyedihkan umat Islam apabila wujudnya Group golongan murtad ini di facebook. Jumlah member juga mencecah 550 ketika artikel ini ditulis. Tidak hairanlah jika jumlah member group ini semakin meningkat pada masa akan datang. Untuk melihat bukti group ini betul-betul wujud KLIK SINI.
Untitled

Berikut adalah sedikit penerangan mengenai Group Murtad di facebook itu:

Murtad di Malaysia
Kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia. Kumpulan ini juga terbuka kepada perbincangan mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan persoalan murtad di Malaysia, persoalan agama Islam, persoalan Melayu Islam, dan lain-lain.


Kerajaan Malaysia telah bertindak dengan menyekatkan laman web yang bertajuk Faith Freedom International (Kebebasan kepada Kepercayaan Antarabangsa) di alamat: http://faithfreedom.org/. Penggunaan Internet di Malaysia kini sedang dikawal dengan ketat. Mereka yang dijumpai dan dipercayai oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Islam di Malaysia menyalahgunakan Internet adalah mereka yang mengakses dan mengeluarkan maklumat yang tidak disetujui oleh matlamat pengislaman negara Melayu Malaysia. Kawalan ini telah melibatkan rakyat Malaysia yang hanya bersuara di Internet ditangkap dan dihukum dengan berat. Murtad telah difatwakan oleh kerajaan Islam di Malaysia sebagai ancaman keselamatan negara dan jenayah berat. Oleh itu, demi menjamin keselamatan rakyat-rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka yang murtad dari Islam tidak galakkan menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara seperti tertulis di kad pengenalan warganegara apabila ingin melibatkan diri dalam perbincangan murtad di kumpulan Facebook ini.

Walaubagaimanapun, semua dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain. Seseorang yang telah murtad dari Islam biasanya mengalami krisis peribadi yang merisaukan keselamatan dan hubung-kait dengan keluarga dan umat Islam di sekelilingnya. Jadi, marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada murtad-murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan and sokongan kepada mereka. Ini boleh menjadi tempat yang selamat penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan yang dibuat oleh mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seseorang individu yang berhak membuat pilihan, dan juga menerima mereka sebagai individu yang berhak untuk hidup dan bebas dari hukuman Shariah Islam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...