Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

28 August 2012

Yang Amat Mulia Raja Shuibah - Puteri Sultan berjiwa rakyat



Mengenali seorang yang bernama "Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" ini amat bermakna bagi kami di "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" dan "Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT) ini. Peribadi beliau yang begitu mudah mesra, tidak membangga diri sebagai salah seorang Anakanda Puteri Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, membuatkan "Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" mudah didekati oleh rakyat jelata. Lebih dikenali dengan panggilan 'Ku Ess' , "Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" merupakan anakanda puteri bongsu kepada Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ke- 33, "Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" bersama permaisurinya "Allayarhamah Dato Seri Che Puan Norizan Bt Haji Hamzah".


( "Yang Amat Mulia Raja Syuibah Almarhum Tuanku Sultan Idris Shah" bersama Penasihat Utama "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) / Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA) : Yang Berbahagia Paduka Ayahanda Khalifah Cikgu Joe Al-Yafie (T.P.A) dan Ayahanda-Ayahanda Penasihat "Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) / Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA)" di "Majlis Pemasyuran Waris Mutlak Ayahanda-Ayahanda,Paduka-Paduka Kekanda,Kekanda-Kekanda,Penolong-Penolong Kekanda,Abang-Abang Kawasan,Abang Chik-Abang Chik dan Srikandi-Srikandi "Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT MALAYSIA) dan Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M)" )




Selepas kemangkatan Paduka Ayahandanya, "Yang Amat Mulia Raja Shuibah" telah dipelihara dan dibesarkan oleh Bonda beliau sendiri iaitu, "Dato Seri Cik Puan Norizan Bt Haji Hamzah". Bonda beliau dikenali sebagai seorang yang  begitu menitik beratkan nilai-nilai agama dan kebajikan seiring dengan penyuburan nilai tradisi, adat dan budaya Melayu. Lantaran itu, semenjak kecil lagi Yang Amat Mulia Raja Shuibah telah diasuh untuk menjadi seorang yang berdikari, tidak bergantung harap pada kedua orang tuanya sehinggalah kemangkatan Bonda beliau pada tahun 2006.

Memiliki paras rupa yang jelita tidak menjadi penghalang kepada Yang Amat Mulia Raja Shuibah untuk mendekatkan diri dalam sukan seni bela diri yang diminati beliau iaitu Muay Thai. Pencapaian yang begitu memberangsangkan setelah memenangi tempat pertama dalam Selangor Muay Thai Charity Challenge telah membuka mata ramai pihak sehingga beliau dilantik menjadi Penasihat Diraja Elite Boxing Malaysia.

Peranan sebagai Penasihat DiRaja Elite Boxing Malaysia.

Bercerita tentang sukan Muay Thai, pastinya sudah terbayang aksi lasak dua seteru. Namun sebagai destinasi kedua Pertandingan Berprestij Thailand VS Chalangger yang akan berlangsung pada 9 Oktober 2012 akan datang, Yang Amat Mulia Raja Shuibah punya idea tersendiri bagi mempromosikan Malaysia terutamanya dalam Sukan Muay Thai ini. Menggabungkan ketangkasan peserta serta elemen fesyen melambangkan budaya negara. Titahnya,

Menggabungkan Muay Thai dengan fesyen adalah idea dari saya sendiri. Bila disebut Muay Thai, ia pastinya mengenai Thailand, jadi apa pula tentang Malaysia. Jadi dengan berfikiran positif, kenapa tidak kita masukkan elemen batik khususnya untuk Malaysia dan dalam masa yang sama kita mempromosi negara Malaysia.


 YAM Raja Shuibah ketika ditemu ramah sebagai Penasihat Diraja Elite Boxing Malaysia yang menjadi Penganjur Thailand Vs Asia.
Acara yang bakal berlangsung pastinya membawa kelainan kerana Pertandingan ini menggabungkan Pertunjukan Fesyen bertema kan Batik hasil sentuhan Pereka Fesyen Terkenal, Amir Luqman. Bagi acara yang bakal berlangsung ini, Malaysia bakal diwakili oleh Peninju Muay Thai Malaysia iaitu Faizal Ramli dan Ali Yaakob.


 Sidang Media Thailand Vs Asia yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, Kuala Lumpur.
Pertandingan Muay Thai yang diselitkan dengan Pertunjukkan Fesyen ini akan berlangsung pada 9 Oktober 2012 bertempat Sunway Pyramid Convenction Centre. Harga tiket yang dijual bermula dari RM 88. Bagi mereka yang berminat boleh lah melayari Laman Facebok Elite Boxing Malaysia di https://www.facebook.com/ebmalaysia.

Dalam memartabatkan Sukan Muay Thai, Yang Amat Mulia Raja Shuibah telah berusaha sedaya upaya membawa nama Malaysia lebih tinggi di persada dunia sambil menggabungkan elemen Fesyen yang menjadi minat beliau sejak dulu lagi. Menjadi Ahli Perniagaan yang berusaha untuk berjaya dan merupakan Kerabat Diraja dari Istana pertama menceburkan diri dalam dunia Muay Thai ini membuatkan beliau amat dikenali ramai.

Sikap dan pekerti mulia yang ditunjukkan beliau melayakkan Yang Amat Mulia Raja Shuibah menjadi salah seorang Personaliti Regalia untuk entry kali ini. Diharapkan beliau sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian.




Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Sultan Idris Shah
( Ku Ess)


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...