Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

16 May 2011

Menjayakan Majlis Perasmian Pertubuhan Insan Prihatin Wilayah & Selangor ( 15.5.2011 )



Penasihat Utama Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia : Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe & Presiden Pertubuhan Majlis Insan Prihatin Malaysia : Yang Mulia Ayahanda Datuk Zul Shaari M.J.C


(Dari kiri Abang Ngah Shahrul Kosas , Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe , Yang Mulia Ayahanda Ayong & Kekanda Paduka Cikgu Syukor M.J.B.S )


( Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe , Yang Mulia Ayahanda  Cikgu Ayong "MENGAPIT" Yang Mulia Ayahanda Paduka Halim Bendahara (Presiden Majlis Ayahanda Malaysia) & Ayahanda-Ayahanda lain di meja Gabungan Ayahanda-Ayahanda Malaysia )





Tanggal 15.5.2011 bersamaan hari Ahad jam 2.30 petang telah berlangsung Majlis Perasmian Pertubuhan Majlis Insan Prihatin Wilayah & Selangor  yang telah disempurnakan oleh penaungnya Yang Berbahagia Dato' Ianul Azizul Hafiz dan Presiden Pertubuhan Insan Prihatin Wilayah & Selangor ialah Yang Mulia Ayahanda Datuk Zul Shaari M.J.C di KL International Hotel Kuala Lumpur.Pertubuhan badan amal ini adalah untuk membantu kebajikan anak-anak yatim,ibu tunggal,fakir miskin , orang kurang upaya & yang memerlukan.Majlis ini turut dijayakan wakil-wakil dari "Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia" yang terdiri daripada Penasihat Utama Majlis BAHTERA SAMUDERA Malaysia : Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe , Yang Mulia Ayahanda Cikgu Ayong , Kekanda Paduka Cikgu Syukor , Abang Ngah Shahrul Kosas & Adinda Syed Mukhtaza.Syabas buat semua yang menjayakan majlis yang julung-julung kalinya ini.. 



Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

14 May 2011

Gambar "Mesyuarat Tergempar" Majlis Jemaah BAHTERA SAMUDERA Malaysia 14.5.2011


Terima kasih kepada Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe , Yang Mulia Ayahanda Cikgu Ayong PJ , Kekanda Paduka Cikgu Syukor Bangi , Kekanda Paduka Pendekar Tam Rawang , Abang Ngah Shahrul , Abang Ngah Bob UIAM , Wanji , Jeff , Kecik , Adi dan Syed Mukhtaza yang menghadirkan diri ke " Mesyuarat TERGEMPAR Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia " yang bertempat di Pandan Indah , Kuala Lumpur pada 14.5.2011 jam 3 - 7 petang tadi
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

MESYUARAT TERGEMPAR"MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA" 14/5/2011



MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA

Tarikh : 14 MEI 2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : RESTORAN SHARJAH , LEMBAH MAJU , PANDAN INDAH , AMPANG

DI JEMPUT AYAHANDA2, KEKANDA2, ABANG LONG2, ABANG NGAH2, ABANG CHIK2, SRIKANDI2 DAN ADINDA2 DARI MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA MENGHADIRI MESYUARAT TERGEMPAR INI. JIKA ADA YANG TIDAK MENGHADIRKAN DIRI TANPA SEBARANG ALASAN YANG KUKUH AKAN DIGUGURKAN DARI JEMAAH INI.

PERTANYAAN :

AYAHANDA AYONG : 0123130248
KEKANDA PADUKA SYUK : 0136130363
KEKANDA PADUKA TAM : 0123884954
ABANG NGAH SHAHRUL : 0172233326

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Jemputan ke Majlis Perasmian "MAJLIS INSAN PRIHATIN" di KL International Hotel,Kuala Lumpur 15 Mei 2011


JEMPUTAN ke " MAJLIS PELANCARAN "Majlis Insan Prihatin" anjuran Majlis Jemaah Cochrane di bawah kepimpinan Yang Mulia Datuk Ayahanda  Zul DBKL " bertempat di KL International Hotel ,Chow Kit Kuala Lumpur jam 2 petang .Semua ahli seperjuangan tidak kira dari mana-mana majlis & pertubuhan di jemput hadhir..sebarang persoalan sila hubungi terus ke  0123965148  atau hubungi Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe sendiri
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

12 May 2011

STRATEGI DAJJAL MEMERANGI TENTERA FI SABIL LILLAH



Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
Kesimpulannya
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur....


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

11 May 2011

Jangan marah azan subuh kuat

Ayah aku pernah cerita, masa dia pergi sembahyang subuh kat masjid selalu terserempak dengan seorang pakcik dengan 2 orang cucunya. Cucunya berumur 4 dan 6 tahun. Masa orang sembahyang subuh 2 orang cucu ni ikut solat kat belakang.

Selepas habis solat je 2 orang cucunya ni terus pergi mendapatkan datuknya dan letakkan kepala atas paha untuk tidur. Atuknya biarkan saja sambil berzikir dan berdoa dengan imam.

Terharu aku dengar cerita ni. Kecik lagi dah ajar pi solat kat masjid.

Aku cerita ni bukan apa, sedih bila baca artikel kat blog seorang kawan ni. Dia bagitau ada orang Islam macam marah di Facebook bila azan subuh kuat sangat kat rumahnya. Sampai ada seorang pakcik tu tak jadi pi masjid sebab anak dia tersedar sebab azan.

Lebih teruk lagi dia risau dengan pandangan orang bukan Islam yang dengar azan kuat. Padahal orang bukan Islam kebanyakannya bangun lagi awal untuk bersenam. Azan subuh tu bantu mereka untuk bangun awal.

Sepatutnya dia tu bersyukur kalau rumah dekat masjid. Dah dengar azan tu pergilah solat kat masjid. Pakcik tu pulak jangan jadikan alasan anak sebab tak pergi Masjid. Boleh jer mak budak tu jaga. kalau dah besar boleh je bawak ke masjid sama. Jangan nanti dah besar panjang baru nak suruh solat.

Jadi memang tak hairan kalau Islam ditindas sebab memang orang Islam sendiri tak amalkan Islam.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Filem Osama Bin Laden Dan Al-Qaeda


Bagaimana Amerika dapat MENGIKAT Pakistan untuk bekerjasama dalam menjayakan Filem Osama Bin Laden dan Al-Qaeda?
 
Seperti yang kita tahu Amerika sudah sedia maklum dengan negara Pakistan yang pernah merekrut Mujahidin untuk menentang Rusia satu ketika dahulu. Kem itu masih ada saki baki dan Kerajaan Pakistan terus membiarkan kem ini kerana dapat membantu Pakistan menghadapi peperangan kecil dengan India terutama di Kashmir.
 
Amerika yang tahu akan perkara ini mengambil peluang keemasan dengan mengugut Pakistan untuk bekerjasama dalam rancangan mereka menentang keganasan sedunia. Jika Pakistan enggan maka mereka akan melabelkan Pakistan dengan 'negara pengganas' (state terrorist). Hujah yang mereka gunakan ialah kem-kem mujahidin dan kuasa nuklear yang Pakistan miliki.
 
Setelah Pakistan bersetuju, akhirnya Amerika mengaitkan Taliban dengan watak ciptaan mereka iaitu Osama dan Al-Qaeda seterusnya menyerang Afghanistan (kerajaan Taliban). Kemudahan serangan sudah tentu dibantu oleh Pakistan yang satu ketika dahulu pernah membantu Afghanistan.
 
Dalam situasi ini kita tidak boleh salahkan Pakistan kerana serangan yang mereka hadapi daripada kumpulan pengebom dari Afghanistan (mungkin ditaja Rusia atau India) memang banyak. Lagipun mereka risau takut menjadi mangsa serangan Amerika pula nanti.
 
Jadi Amerika dengan rasminya bebas menggunakan ruang udara Pakistan dan kemudahan lain. Kebebasan ini ada memakan diri Pakistan sendiri apabila ada satu kes yang melibatkan pesawat Amerika yang mengebom sebuah kampung di Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan. Ramai keluarga yang terkorban. Alasan yang diberikan Amerika adalah mereka mengesan kumpulan pengganas di situ. Setelah disiasat pihak berkuasa tempatan maka yang ada hanyalah keluarga rakyat biasa.
 
Kerajaan Pakistan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun ada rakyat Pakistan yang berang dengan sikap berdiam diri kerajaan atas kejadian ini.
 
Maka bermulalah satu lagi lakaran sejarah ciptaan Amerika melalui Filem yang dilakonkan oleh watak bernama Osama Bin Laden dan kumpulan Al-Qaeda.
 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Syahidkah Osama Bin Laden?

.
Syaikh Ahmad Yassin

Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi

Persoalan aku ialah Syahidkan Osama? Seorang individu yang tidak begitu jelas latar belakangnya dan sejarah hidupnya. Maklumat yang ada pun tidak jelas dan ada percanggahan sumber yang berlainan.
 
Bagi aku Osama (kalau betul wujud) sangat berbeza dengan pejuang Islam yang lain seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi, Hassan Al-Banna malah Tok Janggut sekalipun. Kenapa? Apa yang membezakan mereka?
 
  • Osama latar belakangnya tidak jelas sepertimana mereka yang lain, malah individu yang dekat dengan Osama pun kabur tidak sepertimana yang lain.
  • Gambar, pengebumian dan penglibatan pihak berkuasa tempatan, penduduk tempatan (dekat tempat kejadian) seolah-olah tidak jelas dan tidak wujud bukan seperti mereka yang lain. Lagikan Saddam Hussein pun jelas hukuman dan kematian beliau kenapa Osama amat kabur?
  • Cara pendekatan 'jihad' mereka sangat lain. Osama lebih kepada menyerang orang awam dan aku memang tidak bersetuju. Aku rasa Agama Islam dan Nabi pun tidak ajar benda macam ni. Dan inilah permainan Amerika yang mahu masyarakat dunia anti-Islam.
 
Jadi, sangatlah sedih bila orang menyamakan Osama sebaris dengan pejuang Islam yang lain. Kita sebagai orang Islam sepatutnya jelas dengan permainan musuh Islam. Jangan mudah mengikut rentak mereka.
 
Kalau kita sokong dan yakin dengan kewujudan Osama dan Al-Qaeda maka sepatutnya kita rasa bersalah sebab kita sebenarnya terpengaruh dengan permainan Amerika.

Kalau ada orang tanya aku tentang Osama aku akan jawab:
"Osama tidak wujud!"
 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Benarkah Osama Hanya Boneka Amerika?



Aku teringat satu ketika dahulu pernah berbual dengan seorang warga Pakistan yang bekerja di KL ni tentang Taliban dan Osama Laden.

Apa yang dia bagitau ialah Osama dan Al-Qaeda ialah watak ciptaan Amerika untuk dijadikan alasan menguasai bumi Afghanistan dan Iraq. Ini kerana Afghanistan memiliki sumber mineral yang mahal untuk buat cip elektronik. Kedudukan mineral ini berada di sempadan Afghanistan dan Pakistan. Iraq seperti yang sudah maklum kaya dengan hasil minyak.

Taliban juga asalnya sebuah organisasi memperjuangkan Islam semasa serangan Rusia satu ketika dahulu. Selepas Rusia tahu mereka tidak akan dapat mengalahkan Afghanistan secara bersemuka, jadi mereka telah menghantar perosak organisasi ini menjadi sebuah organisasi keganasan. Target mereka ialah Pakistan. Sebab itu banyak berlaku kes serangan bom di Pakistan akibat daripada kumpulan Taliban ini.

Amerika yang sudah tahu tentang maklumat ini mengambil kesempatan dengan mengaitkan Taliban yang membantu Al-Qaeda. Padalahal Al-Qaeda tak wujud pun. Jadi mereka terus menyerang Taliban sampai jatuh kerajaan Taliban dan digantikan dengan boneka mereka.

Pada masa yang sama Amerika tahu Pakistan juga memang musuh Taliban sejak Taliban kerap mengebom Pakistan. Ini telah menghalalkan lagi serangan mereka selepas mendapat sokongan Pakistan secara tidak lansung sebab menghadapi musuh yang sama.

Jadi Taliban sekarang bukan seperti Taliban semasa zaman Rusia menyerang Afghanistan dahulu. Taliban sekarang ini ialah Taliban yang sudah dirosakkan.

Watak Osama itu masih kabur hingga sekarang. Mungkin dia agen CIA. Mayat yang didakwa Osama itu mungkin orang lain. Osama (pelakon) mungkin hidup senang lenang di tempat lain sekarang ni.




Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Mengapa Jasad Osama Bin Laden Dibuang kedalam Laut?

SOALAN

"kenapa pagi ini saya baca berita pihak USA buang mayat Osama ben Laden kedalam laut? Kenapa tak ditanam sahaja jasadnya? Saya nak tahu kenapa?"

JAWAPAN

Yes selepas beberapa jam jasad beliau dibawa dari Abbotabad ke USS Carl Vinson,s ebuah aircraft carrier, jasad Osama dibuang kedalam laut. Sebelum dibuang sel tisu dan rambut Osama telahpun diambil bagi mendapatkan pengesahan DNA. Dah mati senang sikit nak dapatkan DNA.

Anyway dari informasi yang didengar mayat Osama dikafankan, dibalut dengan kain putih sebelum dimasukkan kedalam sebuah beg kanvas yang diisikan pemberat. Mayatnya kemudian diletakkan diatas sebuah papan kayu sebelum dijatuhkan kedalam laut.


Setakat ini dah ada serbanista yang butthurt mayat Osama diperlakukan sebegini tanpa diberikan pengkebumian Islam yang sebenar. I have one thing to say. He is THE MAN who gave ISLAM such a bad name and you want him to be given a proper burial?

Soalan kamu ialah KENAPA mayat dia dibuang macam sampah? Well jawapannya adalah agak mudah. Kamu ingat apa terjadi selepas kematian Saddam Hussein beberapa tahun yang lalu? Makam beliau di Tikrit menjadi tempat kunjungan penyokong beliau. Setiap hari ratusan orang meratapi kematian beliau disebuah makam yang dibina beliau sebelum mati digantung. Pihak USA melakukan pengkebumian laut terhadap Osama kerana risau jika mayatnya ditanam kelak, lokasinya akan menjadi sebuah pilgrimage ground kepada penyokong Al Qaeda.

Amalan ini sebenarnya bukan perkara baru. Selepas ahli-ahli tertinggi NAZI digantung, kesemua jasad mereka dibakar dan debunya dibuang kedalam Sungai Conwentzbach. Kerana itulah tiada kubur buat Goering, Himmler dan seangkatannya. Tinggalan tulang Adolf Hitler sendiri masih didalam simpanan KGB (atau nama barunya FSB) sekarang. Mereka enggan memulangkan serpihan tulang kepala dan gigi beliau ke Jerman kerana tidak mahu makamnya menjadi tempat penyembahan para Neo Nazis.



In a way at least mayat Osama tidak dibakar. At least mayatnya dibuang kedalam laut. Selepas 911 ada beribu serpihan mayat manusia yang tidak berkubur. This is sadder and more tragic.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...