Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

22 May 2012

Penghinaan terhadap Institusi Beraja Negeri Perak.


Pada pertengahan April 2011, Malaysia dikejutkan dengan penangkapan seorang pelajar pintar yang menggelar dirinya sebagai "Tuan Muda" berikutan penyamarannya sebagai anak angkat kepada KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah sehingga berjaya memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang.


Bak kata pepatah "pisang berbuah dua kali". Kejadian yang sama berlaku sekali lagi dan kali ini ianya berlaku kepada Keluarga Diraja Negeri Perak apabila seorang pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai "Raja Rizwin" telah melakukan penyamaran sebagai anakanda kepada Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah iaitu Paduka Seri Sultan Perak ke 33. Disamping menyamar sebagai anakanda Almarhum, "Raja Rizwin" turut membuat beberapa penghinaan yang lain yang berunsur penghinaan terutama kepada kaum kerabat Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak amnya..
Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah
Foto : Fairul Hatim
PENGHINAAN 1.
Bagi "menyempurnakan" penyamarannya, "Raja Rizwin" (RZ) telah memakai nama palsu ber"ibni"kan Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. Hal ini jelas telah menghina kaum kerabat Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah terutama kesemua paduka anakanda Almarhum. Tindakan RZ yang memakai nama Almarhum sebagai "ayahandanya" adalah satu tindakan terlampau dan dianggap tidak menghormati institusi beraja Perak.


RZ
PENGHINAAN 2.
Disamping menggunakan nama Almarhum Sultan Perak sebagai nama "ayahandanya". RZ turut menggelarkan dirinya sebagai "Raja Kechil Bongsu Perak" dengan gelaran hormatnya sebagai "Yang Teramat Mulia" serta menggelarkan dirinya sebagai "Dato Seri Raja Rizwin". Ingin HUNKZ jelaskan disini bahawa jawatan Raja Bergelar "Raja Kechil Bongsu Perak" masih lagi kosong dan keanggotaan jawatan tersebut hendaklah mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Keanggotaannya juga bukanlah dari kalangan rakyat kebanyakan ataupun rakyat biasa. Tindakan RZ yang menggelarkan dirinya dengan gelaran tersebut jelas mempermainkan kedaulatan sistem penggiliran diraja Perak serta mencabar DYMM Paduka Seri Sultan Perak. RZ juga menggelarkan dirinya sebagai "Dato Seri" dan pada hujung namanya turut disertakan dengan Darjah dan Bintang Kebesaran yang "diterimanya". Tindakan RZ ini sekali lagi dianggap mencemarkan ketinggian dan kehormatan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Perak dan Johor yang mana penganugerahannya hanya dilakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Sultan Johor. RZ juga turut menggunakan lambang kebesaran bagi DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam surat dibawah ini. Penggunaan tersebut merupakan kesalahan besar kerana lambang tersebut hanya boleh dipakai oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak sahaja.
Bukti jelas kedudukan Raja Bergelar Perak dan kehormatan Darjah dan Bintang Kebesaran Perak dan Johor dipermainkan.
Darjah "SPCM" merujuk kepada Darjah Kebesaran Seri Paduka Cura Si Manja Kini yang merupakan Darjah Kebesaran Negeri Perak.
Bintang "PIS" merujuk kepada Bintang Pingat Ibrahim Sultan yang merupakan Bintang Kebesaran Negeri Johor.

PENGHINAAN 3.
Selain daripada mengguna nama Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan menggelarkannya sebagai "Raja Kecil Bongsu" RZ turut meletakkan gambarnya "bersama" Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. Dalam gambarnya, RZ memakai tengkolok dengan ikatan yang hanya dikhaskan untuk Paduka Seri Sultan Perak dan Kerabat Diraja Perak Sahaja.
Apa Komen Anda??..
Lantaran kesal dan atas rasa tanggungjawab, anakanda bongsu Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah iaitu YAM Raja Shu'ibah Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah atau lebih dikenali dengan nama "Ku Ess" telah mengarahkan pegawai khasnya mengambil tindakan keatas HASHIM BIN AHMAD ONG yang telah menyamar menjadi anakanda Almarhum ayahandanya bagi menjaga nama baik dan maruah ayahandanya serta kaum kerabat yang lain.Tangkapan tersebut telah dilakukan pada 8 Mei 2011 di Hotel Parkhotel, Kuala Lumpur.


Selepas ditangkap dan dilepaskan. RZ masih belum serik dan sekali lagi melakukan penyamaran dan penipuan untuk kepentingan diri sendiri.RZ kini didakwa berkeliaran dengan penipuannya di negeri Pahang.



Hal seumpama ini tidak sewajarnya dilakukan oleh mana mana pihak terutamanya oleh seseorang individu yang lahirnya adalah dari bangsa Melayu. Sebagai bangsa Melayu kita seharusnya mempertahankan dan membela kedaulatan sistem beraja yang berdaulat ini. Raja Raja Melayu merupakan identiti utama yang melambangkan bangsa Melayu itu sendiri. Apabila bangsa Melayu sendiri yang mempermainkan apatah lagi menghina rajanya, apakah ini Melayu namanya?.
Diharapkan agar hal seumpama ini tidak berlaku lagi dan diharapkan Encik Hashim bin Ahmad Ong menyesali akan tindakannya dan tiada lagi RZ yang kedua ketiga dan keseterusnya.......


........................................

Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) & Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT)  ingin menjunjung kasih kepada anakanda Almarhum Sultan Idris A'fifullah iaitu YAM Raja Shu'ibah diatas perkenannya mengizinkan pihak Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia untuk berkongsi cerita ini yang terjadi kepada keluarga YAM.
YAM Ku Ess merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Sultan Idris A'fifullah bersama permaisuri Almarhum iaitu YTM Dato Seri Cik Puan Norizan binti Haji Hamzah. YAM Ku Ess mempunyai seorang kekanda iatu YAM Raja Mardiah binti Almarhum Sultan Idris A'fifullah.
Kepada sesiapa yang ingin mengenali YAM, bolehlah ke page YAM di Facebook iaitu "KuEss Idris"

Sama samalah kita sedekahkan "Al Fatihah" kepada ayahanda dan bonda YAM...
credit to->  http://theadmirehunkz.blogspot.com/

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Jemputan ke Majlis Makan Malam Amal "Pertubuhan Belia Muafakat"(MUAFAKAT) & Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) 30 Jun 2012


"Pertubuhan Belia Muafakat" (MUAFAKAT) & Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia (M.J.B.S.M) menjemput anda semua ke "Majlis Makan Malam Amal MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA (M.J.B.S.M) & Pertubuhan Belia Muafakat (MUAFAKAT).


TARIKH : 30 JUN 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : Putrajaya Lake Club Wilayah Persekutuan Putrajaya
MASA : 5.30 PETANG - 11.30 MALAM
Bayaran : RM 100 perindividu ( Makan malam amal, Sijil Penghargaan kehadiran,cenderamata & persembahan )
Pakaian : Baju melayu hitam lengkap bersamping sulam emas dan bersongkok


Kepada sesiapa yang ingin turut serta didalam majlis tersebut, sila buat penempahan awal dari sekarang dan berikan maklumat diri kepada pihak urusetia secepat mungkin.Tarikh akhir penyertaan adalah pada 25 JUN 2012. Pembayaran boleh dibuat ke akaun pengurus Program Program melalui CIMB Bank Berhad. Nombor akaun 1601 0011 1505 22 ( ZULMUHAIMIN ) Sila sms nama penuh, no kad pengenalan, wakil NGO/PERTUBUHAN/INDIVIDU mana ke 0122432142 ( Paduka Kekanda Kechik Putrajaya ).Simpan resit deposit pembayaran sebagai bukti pembayaran.Tempat terhad kepada 300 orang pertama sahaja .. " SIAPA CEPAT ... DIA DAPAT "




" MUAFAKAT ASAS PERPADUAN UMMAH "
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

ISU-ISU GERAKKAN "KRISTIANISASI DI MALAYSIA


Koleksi berita Kristianisasi di Malaysia 



Sultan amat tersinggung

SHAH ALAM  – Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu mendapati berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam

Sehubungan itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri ini.
Berikutan adalah kenyataan penuh Sultan Sharafuddin Idris Shah:-
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.
Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.
Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.
Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.
Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.
Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.
Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.
Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

Penuntut UiTM diarah jalani pemulihan akidah


MOHD FARIZ ILHAM diiringi ahli keluarganya di Mahkamah Rayuan Syarie, semalam.
MOHD FARIZ ILHAM diiringi ahli keluarganya di Mahkamah Rayuan Syarie, semalam.
KOTA BHARU: Mahkamah Rayuan Syarie Kelantan mengarahkan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, yang pernah membuat pengakuan menukar agama kepada Kristian, diberi bimbingan khas oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Daud Muhammad yang dibantu dua ahli panel, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dan Tan Sri Ghazali Abd Rahman selepas menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman supaya pelajar itu diletakkan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.Hashim memohon Mahkamah Rayuan membuat semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei lalu terhadap Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM Dungun, supaya diletak di bawah pengawasan Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).Hashim berhujah, Unit Dakwah JAHEAIK hanya sebuah jabatan yang tidak mempunyai kelengkapan khas untuk memberi bimbingan secara khusus kepada Mohd Fariz Ilham dalam usaha memulihkan akidahnya.
Berikutan permohonan Hashim itu, Daud menyoal pelajar berkenaan sama ada sepanjang bersama pegawai JAHEAIK, dia mengikuti kelas bimbingan akidah dan Mohd Fariz Ilham memaklumkan, dia sempat menyertai beberapa siri ceramah.
“Saya mengikuti siri ceramah anjuran JAHEAIK dan saya bukan seorang yang mudah dipengaruhi, selain mempunyai cara sendiri untuk berubah,” katanya ketika disoal Daud sama ada dia menghadapi masalah atau kesukaran menerima bimbingan dalam usaha memulihkan akidahnya akibat membuat pengakuan menukar agama kepada Kristian sebelum itu.
Mohd Fariz Ilham berkata, dia menerima pembelajaran agama Islam daripada kedua-dua ibu bapanya sejak kecil dan mengaku mempunyai kawan bukan beragama Islam ketika menuntut di UiTM Dungun.
“Saya masih menunggu jawapan untuk bekerja sebagai penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sebagai penceramah penduduk Orang Asli. Jika permohonan ini diterima, ia mungkin dapat membantu saya mengubah orang lain dan pada masa sama, saya juga boleh mengubah diri sendiri,” katanya sambil mengaku turut sembahyang lima waktu dan berpuasa.
Berikutan pengakuan Mohd Fariz Ilham itu, Daud dan dua ahli panel sebulat suara memutuskan supaya penjagaan dan bimbingan khas bagi memulihkan akidah pelajar itu diserahkan kepada MAIK.
“Mahkamah Rayuan Syarie membuat keputusan supaya kamu diletakkan di bawah bimbingan MAIK dan tidak perlu dipindahkan ke Pusat Pemulihan Akidah Selangor,” katanya.
“Keputusan ini juga boleh memberi keselesaan kepada dirinya kerana dia juga tidak keluar dari negeri ini,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelajar itu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bahawa dia sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam.
Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa 4 Mei lalu.

Murtad: Pelajar diletakkan di pusat pemulihan akidah

KOTA BHARU 21 Sept. – Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini membatalkan perintah terhadap seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu untuk ditempatkan di Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) bagi memulihkan akidahnya selepas mengaku murtad.
Mohamad Fariz Ilham Mohd. Zulkifli, 19, yang berasal dari Pengkalan Chepa itu sebelum ini ditempatkan di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan bimbingan sewajarnya.
Panel rayuan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie, Kelantan, Datuk Daud Muhammad yang bersidang dengan dua panel lagi iaitu, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman; dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Dalam keputusan tersebut, panel rayuan sebulat suara bersetuju dan berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman bahawa tempat yang dipilih sebelum ini tidak sesuai atau tidak selesa untuk memulihkan akidah Mohamad Fariz Ilham yang dinamakan sebagai responden.
Ini kerana mahkamah mendapati, responden lebih banyak menyertai aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh JHEIK sedangkan ia memerlukan lebih bimbingan, perlindungan serta makan dan minum.
Pihak pendakwa juga mengesyorkan agar responden diletakkan di pusat pemulihan akidah Ulu Yam, Selangor dengan makan dan minumnya ditanggung oleh JHEIK atau mana-mana pusat pemulihan yang sesuai namun cadangan itu ditolak oleh mahkamah.
Dalam prosiding itu, Mohamad Fariz Ilham juga ditanya sama ada akidahnya telah pulih atau sebaliknya.
Remaja itu dengan nada perlahan menjawab: “Pada bulan Ramadan baru-baru ini saya berpuasa atas kerelaan sendiri dan tidak membantah. Saya rasa ada perubahan pada diri sendiri, tetapi kena ambil masa.”
Selepas mendengar keputusan itu, responden memohon mahkamah melepaskannya daripada pengawasan MAIK jika permohonannya sebagai penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bahagian pembimbing di Jabatan Orang Asli, diterima.
“Saya kurang gemar mendengar cakap-cakap orang (teguran) kerana lebih suka dengan cara sendiri. Dengan adanya pekerjaan sebagai pembimbing orang Asli, saya berharap mampu membantu saya membimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik,’’ katanya.
Bagaimanapun hakim berkata, ia bergantung kepada keputusan MAIK.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke JHEIK selepas mengaku keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan perintah pada 2 Mei lalu supaya responden diletakkan di bawah pengawasan Unit Dakwah di JHEIK.
Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Disember 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara. – Utusan

GEREJA BARU DI JOHOR UNTUK MURTADKAN ORANG ISLAM…!!!

Ia mengenai satu kegiatan gereja radikal dari Singapura yang mula menjalankan dakwahnya di tanah Semenanjung, dikepilkan juga satu surat bercop URGENT (Segera) untuk perhatian Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Tajuk surat dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: Gereja baru di JB untuk memurtadkan orang Islam. Gereja itu menjalankan kegiatan agama dan mesyuarat penyebaran dakwahnya (evangelistic meeting) di sebuah hotel di Johor Bahru setiap pagi Ahad.
Gerakan ini ialah lanjutan daripada sebuah gereja radikal di Singapura, Victory Family Centre (VFC) (juga dikenali sebelumnya sebagai Calvary Charismatic Centre (CCC) pada 1990. Pengasas VFC Singapura ialah Rev. Dr. Rick Seaward (rakyat Singapura berbangsa Amerika) ialah seorang paderi yang radikal dan agresif berdakwah ke atas orang Islam.
Paderi kepada gerakan di JB itu ialah Paderi Jeremy Seaward, anak kepada pengasas VFC Singapura itu. Surat itu mendakwa, misi mereka ialah menubuhkan pusat itu di JB dan visinya untuk melebarkan kerja-kerja dakwah, khususnya kepada orang Islam di seluruh Malaysia.
Gereja VFC itu menukar namanya daripada CCC pada 1990-an setelah kerajaan Singapura menumpaskan kegiatan dakwah mereka atau evangelikal secara radikal terhadap orang Islam, yang dikhuatiri akan mengganggu keharmonian beragama di negara pulau itu.
Kerajaan Singapura kemudian mengeluarkan satu Kertas Putih (White Paper) yang menyebut Rev. Rick Seaward sebagai punca mengapa Singapura perlu meluluskan satu undang-undang baru yang berbunyi: ‘‘Akta Memelihara Keharmonian Beragama’’ (The Maintenance of Religious Harmony Act).

Majlis Agama Islam Johor kenal pasti golongan murtad

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan menempatkan mereka yang mengalami gangguan akidah di Pusat Bimbingan Mutiara Kasih (PBMK) bagi membolehkan golongan itu dipulihkan semula dari segi kerohanian.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Othman berkata, PBMK yang terletak bersebelahan Masjid Taman Perling, dekat sini sememangnya dibina khas untuk mengatasi masalah murtad yang menunjukkan perkembangan membimbangkan.
“Secara umumnya sasaran kita adalah para remaja yang menunjukkan tanda-tanda akan murtad. Golongan ini perlu dipulihkan akidah mereka bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.
“Bagi menggerakkan PBMK yang dibina dengan kos RM10 juta itu, MAIJ mendapat peruntukan yang banyak daripada Baitulmal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau mengulas kegiatan gereja radikal dari Singapura yang mula memurtadkan orang Islam di bandar raya ini dan seterusnya di seluruh negara, seperti didedahkan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menerusi kolum Cuit semalam.
Zaini menerusi kolum itu menyatakan menerima sepucuk surat yang dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertajuk ‘gereja baru di JB untuk memurtadkan orang Islam.’
Kata Zainal Abidin lagi, pegawai Bahagian Penyelidikan MAIJ telah mengenal pasti golongan murtad serta mereka yang mempunyai kecenderungan untuk keluar daripada Islam bagi membanteras kegiatan yang membahayakan itu.
“Untuk makluman, sebelum ini kita begitu proaktif mengekang dan menyekat umat Islam daripada terjerumus menjadi murtad. Malah apa yang membanggakan kita telah berjaya memulihkan akidah mereka.
“Maknanya langkah kerajaan Johor menubuhkan PBMK memang kena pada masanya yang mana kita dapat memulihkan mereka yang terkeluar akidah menerusi cara tersusun,” katanya.
Tambah Zainal Abidin, pihaknya yakin kewujudan pusat tersebut mampu mengurangkan kebimbangan umat Islam berhubung kegiatan sebuah gereja radikal di Singapura yang mempunyai misi untuk melakukan kerja-kerja dakwah kepada umat Islam di negeri ini.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Perjuangan sebenar DAP menjadikan Malaysia Negara Kristian


DAP tentang negara Islam, perjuangkan negara Kristian ?

Paderi-paderi membuat bulatan dan bersumpah untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.
Ini adalah satu Majlis makan malam DAP yang telah dianjurkan oleh DAP kawasan Parlimen Jelutong malam tadi (6 Mei 2011) semalam di Hotel Red Rock, Jln Macalister, Pulau Pinang untuk meraikan Pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di PRN Sarawak.
Paderi negara luar yang tinggal di Sarawak berucap
Paderi dari Afrika Selatan yang tinggal di Sarawak berucap
Seorang paderi tempatan dari Sarawak berucap
Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada petugas pusat khidmat AP Jelutong, para pastor dalam dan luar negara dan ADUN Sarawak telah hadir termask Jeff Ooi AP DAP Jelutong, dan Chiew Chiu Seng ADUN DAP Kidurong.
Ucapan Jeff OOI – AP Jelutong
Kesemua Pastor yang lebih kurang 35 orang telah mengadakan upacara angkat sumpah dgn membuat bulatan dan bersentuhan tangan masing2 dan berikrar dalam bahasa inggeris iaitu ingin menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara dan Perdana Menteri Malaysia adalah dari penganut agama kristian.
Pastor ini samada dari tempatan Sarawak atau luar negara adalah antara mereka yang telah membantu DAP berkempen di Sarawak.
Mereka berada di Pulau Pinang untuk Konvensyen di Berjaya Hotel dan perjumpaan khas pada sebelah malam di Pusat Kristian Pulau Pinang Jalan Khaw Sim Bee, Pulau Pinang.
Karpal Singh pernah meyuarakan tentangan yang begitu hebat menentang Negara Islam atas alasan menegakkan negara sekular, tapi majlis ini menunjukkan DAP bersama dengan pastor-pastor Kristian yang bertekad untuk menegakkan sebuah negara Kristian di Malaysia dengan Perdana Menterinya seorang Kristian.

[Artikel dan foto-foto diatas diambil dari sebuah blog. Boleh dibuat penyelidikan dan rumusan]
[Artikel dibawah adalah dari blog yang lain pula]
Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?
The whole point of changing the official religion is to allow a Christian to become Prime Minister of this country
In order to change the status of Islam as the official religion of Malaysia, they would not only have to change the constitution with a two-third majority but would also have to get the consent of the Agong, as head of Islam in Malaysia to demote it to second spot behind Christianity…I think the only way DAP is going to achieve this is by putting a gun to the Agung’s head.

History has shown that they have not minced their words when it comes to the formation of the Islamic State and yet the Malay/Muslims in this county has tolerated their rudeness.
I think it is time that we feed them our opinion whole, spare them the bite-size convenience and see how they like to gag on the words of others.
There would be blood on the streets if DAP were to take this vow to the streets and while Opposition types may want to accuse me of making up this story, take a look at the first photo above and the details in this posting and determine if any of this is true.
I hope and pray that it is not true but the photo above is part of two bits of information that came to me this morning and I must say that it really woke me up.
According to the message, last night DAP Jelutong organised a dinner for pastors from Sarawak and overseas at the Red Rock Hotel on Jalan Macalister in Penang and about 100 people comprising people from the consituency service centre, the pastros and jelutong ADUN Jeff Ooi and Kidurong’s Chiew Chiu Seng.
Among the activities that night included the 35 pastors taking a group oath. They formed a circle and touched each other’s shoulder and vowed in English to make Christianity the official religion of Malaysia and put a Christian Prime Minister in office.
Today the same pastors will take part in a convention at Berjaya Hotel  from 9am to 5pm and they will attend a special meeting tonight at the Jalan Khaw Sim Bee Christian centre.
To put it in further context, we should remember that in Sarawak, the DAP had said that BN is anti Christ agent, a seditious statement and religiously divisive statement that was never investigated by the police. or at least they did not tell us about any investigations on the matter.
They are openly against BN on religious grounds and they are now making it their clarion call, their rabble rousing horn.
It is important for Muslims in this country to defend the position of Islam as the official religion and the requirement that a Malay/Muslim is Prime Minister of this country, not because it is part of the constitution or guaranteed by law but because it is part of our responsibility to ourselves and our children.
The DAP can make their vows, that is their right but if they are planning to usurp the constitution and the Agung then something should be done by the authorities
On the other hand Malays and Muslim must today make a vow to defend the position of Islam as the official religion and the position of Malays as Bumiputra in their own homeland till the last man standing.
Never must we flinch or waver from this vow and we must make it known that we have made this vow and we are not to be trifled with.
Stop making excuses, as an Islamic country, Malaysia has been tolerant of all religious views as long as it does not encroach into Islam and in Sarawak where the Christian population is significantly larger than the Muslim community, there are more churches than mosques to reflect the situation.
What more do they want from Islam?
If true, this vow organised by DAP Jelutong is yet another insult to Islam and the Malays in Malaysia, for 50 years they lived in this country and worshipped under the protection of Islam and yet today they have taken the seditious position of trying to remove Islam as the official religion of the country that has given them so much.
The foreign element involved in the vows makes the event even more traitorous and I would like to take this opportunity to ask everyone to try and find out if this alleged vow did actually take place.
The authorities must never allow seditious elements to organise themselves and gain mass, if they do, it will be hard to stop them and this country may find itself shattered again.

[Artikel di bawah diambil dari blog lain .. lebih guna perkataan "is believed to ... " tanpa pengesahan-pengesahan]
The recent victory of racially charged attempt in Sarawak has brought forth a new confidence level for the Chinese Chauvinist DAP. Now that they have tasted blood, they are wanting more. This time, it is much much more.
Yesterday evening, a DAP constituency believed to be Jelutong organised a feast for pastors from Sarawak and several who assembled at a hotel on MacAlister Road, Georgetown, Penang. They include foreign pastors who are practicing and visiting Sarawak recently during the much talked about State Election. The attendance was about 100, which include an MP and several party workers.
In attendance is also Chinese Chauvinist DAP ADUN from Sarawak. During the Sarawak State Election, the Al Kitab issue was one of the major sensitive point the DAP played, which also openly and aggresively questioning why Malay bible is not allowed in Semenanjung.
Amongst the interesting moments during the evening do was when the 35 pastors stood in a circle and took a vow to make Christian the official religion of the Federation of Malaysia and the Prime Minister also a Christian.
It is expected that 1,700 pastors would hold a special convention the whole day today in a hotel in Penang and there would be a special meeting at Khaw Sim Bee Road, Georgetown, tonight. Expected in the agenda is the flavour of pondering into having a Christian brother as the Prime Minister of Malaysia.
This translate to unseating the Malay Prime Minister, who represent majority of the population.
Chinese Chauvinist DAP controlled Penang is actively organising programs for the purpose of propaganda and these recently victorious comrades from Sarawak are brought in as their guests of honour. These developments are very dangerous and they are now ‘charging’ their politics with the cry of changing the Leadership from a Muslim to a Christian.
For the Chinese Chauvinist DAP to embark on a very sensitive approach of ‘changing’ the Prime Minister on the religious node for a political propaganda is definitely taking the strategy of their Chinese Chauvinist politics into a different and highly explosive level. This should be construed as nothing less than seditious, if not subversive.
The Malays are the majority. And almost all Malays are Muslim. The Chinese is a minority, with only 26% of the citizen. The Christians amongst the Chinese makes them a smaller minority for Malaysians. For these minority to be ambitious enough to have a vow of pledge to one day put a Christian as the Prime Minister and make Christianity the official religion of the Federation of Malaysia is a blatant demonstration of ‘minority playing the majority role’ and having a political aspiration with total disregard for the majority.
This confidence level is thought to be much higher as compared to the post May 1969 General Elections where victorious Chinese Chauvinists DAP trot around strategic places in Kuala Lumpur with brooms asking the Malays to “Balik kampung, tanam jagung!“. That sparked the bloody racial riot on the evening of 13 May 1969.
This is a new level of ‘minority playing the majority role’ politics, on top of the strategy of the ‘politics of hatred’ the Chinese Chauvinist DAP is playing. It is threading on very dangerous line indeed.
.

Malaysia negara Kristian?

PULAU PINANG  – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.
Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini.
Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk ‘melayan’ iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.
“Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, penulis blog tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.
Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.
Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.
Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.
Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.
“Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi,” dakwa blog berkenaan.
Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.
“Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya,” dakwa blog itu

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

10 May 2012

RENUNGKAN INSIDEN KEMALANGAN BERSIH 3.0

Kami sengaja kongsikan apa yang kami perolehi dari video pembongkaran sebenar "Peristiwa Berdarah BERSIH 3.0" yang dimanupulasikan fakta oleh pelbagai pihak...cuba perhatikan situasi dalam gambaran ini dan temui jawapan sebenar apakah punca kejadian?

Adakah berbaloi kita sesama melayu sesama Islam bergaduh sesama sendiri semata-mata menurut seruan musuh Agama Islam seperti Ambiga yang cuba mencetuskan huru hara di Malaysia dan mempermainkan kesucian Agama Islam di Malaysia?..Adakah berbaloi kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana kerja jahat Ambiga yang sengaja mengadakan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka dengan harapan ada kejadian yang tak diingini membolehkan mereka mengaitkan keganasan terhadap polis dan pihak berkuasa? 




Patutkah kita menerima mohon maaf Ambiga begitu sahaja tanpa membawanya untuk pendakwaan kerana Ambiga harus bertangungjawap dalam semua kejadian semasa Bersih 3.0


Selepas menonoton video ini, kita nilai sendiri bagaimana posisi mangsa sepertianggota polis dan juga mangsa-mangsa lain yang dilanggar serta wartawan yang memperjuangkan perikemanusiaan tanpa berpihak kepada mana-mana pihak, dan punca kemalangan sehingga pemandu polis tersebut pitam setelah dibaling objek keras.Bagaimanakah keadaan seorang pemandu yang pitam saat memandu sehingga berlaku perkara yang tak diingini.Kenapa ia boleh berlaku?..renung-renungkan.. kami tidak memihak kepada mana-mana pihak.. hanya pendedahan exklusif


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas

Majlis Fatwa Kebangsaan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Sekarang ini Malaysia berada dalam suasana di mana diadakan pelbagai perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak atas tujuan-tujuan tertentu. Termasuklah Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah berlalu pada 28 April 2012, dan yang terbaru Perhimpunan Raksasa anjuran Umno pada 11 Mei 2012 ini.
Tahniah kami ucapkan kepada tindakan “cukup pantas” yang diambil oleh majlis fatwa baru-baru berhubung isu penganjuran perhimpunan dan demonstrasi di Malaysia. Majlis Fatwa sudah ada keputusan dan kesimpulannya :

Jawapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Berhubung Perhimpunan & Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan…
  1. Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara
  2. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas
  3. Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama
  4. Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda
Bersih 3.0 UPDATE Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Sangat betul apa yang diucapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jikalau perhimpunan yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta merosakkan huru-huru dan kekacauan dalam negara sepatut ditegah untuk diadakan. Tiada cacat celanya  kenyataannya di situ. Yang haram tetaplah haram termasuklah juga perbuatan memukul & membelasah orang tanpa sebab yang musabab, menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan sehingga bertindak di luar kawalan dan kuasa yang telah diberikan, merosakkan harta benda awam dan macam-macam lagi.
Dataran Merdeka Bersih 3.0 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Dan secara logiknya, ramai yang menyedari perbuatan tersebut adalah salah. Salah tetap salah. Tetapi masih ramai lagi yang terlepas pandang atau buat-buat tak indah dengan saranan Majlis Fatwa sebelum-sebelum ini, semuanya datang dan pergi sahaja. Contohnya:
  • Fatwa botox haram, tetapi ada juga VVIP ada berapa ramai yang terjebak dengan perbuatan cucuk mencucuk ini. Tindakan?
  • Hisap rokok adalah haram. Berapa ramai yang ikut?
Mungkin selepas ini, Majlis Fatwa mungkin boleh lebih banyak turun padang bagi membuat semakan keputusan seterusnya mengenai beberapa persoalan di bawah ini, termasuklah :
  1. Apakah pandangan majlis fatwa bagi individu yang beragama Islam terlibat dalam memegang jawatan tinggi dalam syarikat perjudian ?
  2. Apakah pandangan majlis fatwa jika wang rakyat digunakan untuk kepentingan perjuangan parti politik tanpa diketahui ramai ?
  3. Apakah pandangan majlis fatwa tentang berlakunya skandal penyelewengan membabitkan wang rakyat seperti skandal …………………….?
Rusuhan Bola Sepak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Cuma kami ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran kami kerana kenyataan Majlis Fatwa ini masih lagi dilihat samar-samar. Bagaimana caranya untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mengelakkan perhimpunan yang boleh cetuskan huru-hara?
  1. Perhimpunan tiada salahnya
  2. Tetapi perhimpunan yang cetuskan huru-hara adalah haram seperti apa yang dikatakan oleh majlis fatwa
Jadi bagaimana?
Dalam contoh mudahnya, ada kalangan yang menonton perlawanan bola sepak. Bunyi tampak aman tetapi disebalik penyokong pelampau bola sepak yang hilang pertimbangan akhirnya menyebabkankan ada insiden huru-hura yang berlaku di dalam stadium.
“Angkara nila setitik habis rosak susu sebelanga”
Sehingga adakalanya berlarutan sehingga ke luar stadium. Ditambah dengan provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Agama Islam semakin di hina di Malaysia


Pengerusi Peguam Pembela Islam, Zainur Zakaria, membidas usaha pihak-pihak tertentu di Malaysia untuk menggugat kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha terbaru ini yang dipelopori beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan menggunakan saluran perundangan untuk mencapai hasrat mereka. Zainur berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai isu permohonan murtad oleh Azlina Jailani (Lina Joy) pada Majlis Perbincangan Khas Pertubuhan-Pertubuhan Islam Mengenai Isu Lina Joy dan Umat Islam di Gombak hari ini.

Zainur turut membidas sikap kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia yang seolah-olah meletakkan prinsip hak asasi manusia melebihi tuntutan dan ajaran Islam.

Dari segi perundangan, kes Azlina Jailani bakal membawa implikasi besar kepada kedudukan agama Islam di negara ini kerana ianya melibatkan pentafsiran Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama. Ini adalah kali pertama Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan yang melibatkan pentafsiran perlembagaan mengenai hak kebebasan beragama di Malaysia.

Barisan peguam Azlina berhujjah bahawa berasaskan jaminan kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1), seorang individu Muslim boleh secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan menganut agama lain tanpa perlu terlebih dahulu memohon kepada Mahkamah Shari’ah.

Zainur menyangkal hujjah tersebut berasaskan duluan yang mengikat (binding precedent) di mana kes-kes yang melibatkan agama Islam perlu didengar di Mahkamah Shari’ah. Justeru, forum yang terbaik untuk menentukan status agama seorang individu Muslim ialah Mahkamah Shari’ah yang mempunyai bidang kuasa ekslusif di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadili kes-kes berkaitan agama Islam. Selain dari itu, hakim-hakim Mahkamah Shari’ah yang terlatih dalam undang-undang Islam adalah pihak yang paling layak untuk memutuskan hal-hal agama.

Dalam perkembangan yang lain, Zainur turut menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Mior Atiqurrahman baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan perayu-perayu untuk memakai serban di sekolah atas alasan pemakaian serban bukanlah satu tuntutan dalam agama Islam. Implikasi besar kes ini menurut Zainur ialah hakim-hakim yang tidak terlatih dalam perundangan Islam, termasuk seorang hakim yang bukan beragama Islam, telah membuat keputusan mengenai hukum Islam

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Kesan - Kesan Selepas Demonstrasi BERSIH 3.0


Lihatlah,apa yang sudah jadi selepas BERSIH 3.0??Pelbagai kesan kemusnahan harta benda dan selerakkan sampah dimerata-rata tempat sekitar kawasan perhimpunan.Beginikah sikap manusia yang dengan bangga melaungkan kalimah Allahu Akbar berkali-kali kononnya berjihad menentang kezaliman.
Tepuk dada,tanyalah diri,apa yang anda sudah peroleh selepas menyertai rusuhan haram seperti ini ??Siapakah yang akan menanggung kos kemusnahan dan menyelenggarakan kembali persekitaran yg sudah kotor ini ?? Anda patut malu dengan anak cucu anda nanti kerana terlibat dengan perkara yang sia-sia dan mengganggu ketenteraman awam.Jihad anda ibarat tin kosong yang disepak-sepak sahaja oleh  Ambiga (Orang yang mempermainkan Agama Islam di Malaysia )
Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...