Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

10 May 2012

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas

Majlis Fatwa Kebangsaan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Sekarang ini Malaysia berada dalam suasana di mana diadakan pelbagai perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak atas tujuan-tujuan tertentu. Termasuklah Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah berlalu pada 28 April 2012, dan yang terbaru Perhimpunan Raksasa anjuran Umno pada 11 Mei 2012 ini.
Tahniah kami ucapkan kepada tindakan “cukup pantas” yang diambil oleh majlis fatwa baru-baru berhubung isu penganjuran perhimpunan dan demonstrasi di Malaysia. Majlis Fatwa sudah ada keputusan dan kesimpulannya :

Jawapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Berhubung Perhimpunan & Demonstrasi Yang Bertujuan Tidak Baik?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan…
  1. Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara
  2. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas
  3. Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama
  4. Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda
Bersih 3.0 UPDATE Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Sangat betul apa yang diucapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jikalau perhimpunan yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta merosakkan huru-huru dan kekacauan dalam negara sepatut ditegah untuk diadakan. Tiada cacat celanya  kenyataannya di situ. Yang haram tetaplah haram termasuklah juga perbuatan memukul & membelasah orang tanpa sebab yang musabab, menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan sehingga bertindak di luar kawalan dan kuasa yang telah diberikan, merosakkan harta benda awam dan macam-macam lagi.
Dataran Merdeka Bersih 3.0 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Dan secara logiknya, ramai yang menyedari perbuatan tersebut adalah salah. Salah tetap salah. Tetapi masih ramai lagi yang terlepas pandang atau buat-buat tak indah dengan saranan Majlis Fatwa sebelum-sebelum ini, semuanya datang dan pergi sahaja. Contohnya:
  • Fatwa botox haram, tetapi ada juga VVIP ada berapa ramai yang terjebak dengan perbuatan cucuk mencucuk ini. Tindakan?
  • Hisap rokok adalah haram. Berapa ramai yang ikut?
Mungkin selepas ini, Majlis Fatwa mungkin boleh lebih banyak turun padang bagi membuat semakan keputusan seterusnya mengenai beberapa persoalan di bawah ini, termasuklah :
  1. Apakah pandangan majlis fatwa bagi individu yang beragama Islam terlibat dalam memegang jawatan tinggi dalam syarikat perjudian ?
  2. Apakah pandangan majlis fatwa jika wang rakyat digunakan untuk kepentingan perjuangan parti politik tanpa diketahui ramai ?
  3. Apakah pandangan majlis fatwa tentang berlakunya skandal penyelewengan membabitkan wang rakyat seperti skandal …………………….?
Rusuhan Bola Sepak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan: Haram Umat Islam Sertai Perhimpunan @ Demonstrasi Yang Ganas?
Cuma kami ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran kami kerana kenyataan Majlis Fatwa ini masih lagi dilihat samar-samar. Bagaimana caranya untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mengelakkan perhimpunan yang boleh cetuskan huru-hara?
  1. Perhimpunan tiada salahnya
  2. Tetapi perhimpunan yang cetuskan huru-hara adalah haram seperti apa yang dikatakan oleh majlis fatwa
Jadi bagaimana?
Dalam contoh mudahnya, ada kalangan yang menonton perlawanan bola sepak. Bunyi tampak aman tetapi disebalik penyokong pelampau bola sepak yang hilang pertimbangan akhirnya menyebabkankan ada insiden huru-hura yang berlaku di dalam stadium.
“Angkara nila setitik habis rosak susu sebelanga”
Sehingga adakalanya berlarutan sehingga ke luar stadium. Ditambah dengan provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...