Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

20 June 2013

Taubat


LAFAZ TAUBAT :

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمْ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمْ وَأَتُوْبُ إِلَيْهْ

1.       PENGERTIAN TAUBAT :
·         Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

2.       HUKUM TAUBAT :
·         Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa

3.       SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :
·         Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar
·         Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah
·         Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah

4.       SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA
·         Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya
·         Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat
·         Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan
·         Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan

5.       SYARAT-SYARAT TAUBAT :
·         Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
·         Berhenti melakukan maksiat denga segera
·         Berazam tidak akan mengulangi lagi
·         Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

6.       HIKMAH TAUBAT :
·         Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah
·         Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
·         Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
·         Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah

7.       SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MASA TAUBAT :
·         Bertaubat hanya jika sudah tua
·         Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa yang sama pada masa yang lain
·         Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia.

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Pilih Artikel Lain Yang Anda Cari Di Bawah: