Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

23 August 2013

OPS CANTAS KHAS


 Pencegahan Jenayah adalah peranan dan fungsi Pasukan Polis sebagaimana termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967. Pencegahan Jenayah dilaksanakan melalui 2 cara, iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas berlakunya jenayah.

Walaupun terdapat penurunan kadar jenayah ini tidak bermakna masyarakat di negara ini boleh berasa selesa dan selamat, sebaliknya kita semua perlu terus bekerjasama mengembelingkan usaha bagi membendung jenayah.

Tindakan pencegahan jenayah sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama oleh masyarakat dan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Polis.

Justeru itu, pada hari ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memulakan operasi bagi mencegah jenayah dengan menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan Op Cantas Khas, dibawah tanggungjawab ACP Kamarulzaman bin Mamat, Penolong Pengarah Tahanan/Sekatan D7B, Jabatan Siasatan Jenayah dan dibantu oleh Supt. Amir Rasid bin Derani, Superintendan Pencegahan D7A, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Buat permulaan, tumpuan diberikan kepada Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan juga Negeri Sembilan dan ianya akan berterusan di semua kontinjen-kontinjen.

Usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah yang dibantu dengan kekuatan pegawai dan anggota dari daerah-daerah yang terlibat ini adalah sebahagian daripada pencegahan jenayah.

Walaupun ia seolah-olah menyusahkan pengguna jalanraya di sekitar ibu kota dan Selangor, matlamatnya adalah baik, iaitu dapat membanteras penjenayah melalui pemeriksaan terhadap kenderaan dan individu di sekatan jalanraya.
139Like ·  · 

Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...