Daftarlah sebagai ahli website ini di sini

31 January 2012

Tanda-tanda "Sakaratul Maut" menjemput kita


TANDA-TANDA
SEBELUM
SAKARATULMAUT.
Orang yg bijak adalah
orang yg sentiasa
mengingati mati.
• Tanda 100 hari sebelum
sakaratulmaut.
Ini adalah tanda pertama
dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya
akan disedari oleh
mereka yang
dikehendakinya.
Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma
sama ada mereka sedar
atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu
Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran
atau seakan-akan
mengigil. Contohnya
seperti jika diperhatikan
dengan teliti kita akan
mendapati daging
tersebut seakan-akan
bergetar.
Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka yang
sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti
dan hilang setelah kita
sedar akan kehadiran
tanda ini.
Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut
dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang
sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa
yang ada untuk
mempersiapkan diri
dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan
sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum
hari mati.
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu
Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash
Allah SWT. Maka
malaikat maut akan
mengambil daun tersebut
dan mula membuat
persediaannya ke atas
kita, antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat
maut ini akan
memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan
bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
• Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di
mana orang sakit yang
tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera
untuk makan.
• Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan
terasa denyutan di
bahagian tengah dahi
kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda
ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita
tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan
orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit,
hidungnya akan perlahan-
lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian
hujungnya akan beransur-
ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-
lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah
waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu
denyutan di sebelah
belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan
kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di
mana kita akan
merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus
mengucap kalimah
syahadah dan berdiam
diri dan menantikan
kedatangan malaikat
maut untuk menjemput
kita kembali kepada
Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan
sekarang akan
mematikan pula.
Wallahua’lam..
"Demi MASA!
Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian,
kecuali
(1) orang-orang yang
beriman, (2) dan yang
beramal soleh
(3) dan yang berpesan2
pada kebenaran (4) dan
yang berpesan2 pada
kesabaran".
~Surah Al-'Asr


Muafakat Asas Perpaduan Ummah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...